Lelaki Ini Warnakan Semula Filem P.Ramlee Untuk Tontonan Semua, Kerana Terlalu Minat.

0
4489
P.Ramlee

Lelaki Ini Warnakan Semula Filem P.Ramlee Untuk Tontonan Semua, Kerana Terlalu Minat |  Kami yakin pasti ramai yang teringin untuk menonton karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam versi berwarna terutamanya untuk filem kesukaan ramai seperti Bujang Lapok.

Itulah yang dilakukan oleh seorang artis digital, Aiman Azhar yang mewarnakan kembali beberapa adegan lagu ikonik dalam filem P.Ramlee sebelum ini. Walaupun tidak secara keseluruhan, sedikit sebanyak ia memberi gambaran bagaimana rupa filem-filem ini jika wujud dalam versi berwarna.

Sebahagian Filem-Filem Tan Sri P.Ramlee Boleh Dilihat Dibawah:

“Sebenarnya, saya peminat filem Tan Sri P.Ramlee. Saya mahu berkongsi dengan orang ramai bagaimana jika filem lakonan Tan Sri P. Ramlee wujud dalam versi berwarna,” kata Aiman.

“Untuk proses pembikinan pula, saya ambil masa 30 minit untuk warna adegan selama 1 minit. Tetapi ia bergantung juga kepada kualiti video yang saya akan warna. Idea untuk saya warnakan kembali video ini hadir daripada karya DeOldify oleh Jason Antic. Saya suka melihat karya lama diwarnakan kembali. Ia beri feel yang berbeza untuk karya yang sama,” tambah Aiman.

Menurut Aiman, beliau tidak mempunyai masa untuk mewarnakan keseluruhan filem tetapi memilih adegan yang memorable dalam setiap filem P.Ramlee. Adegan tersebut semestinya ketika adegan ketika lagu dinyanyikan dan ramai dapat sing along apabila menontonnya.

Video berwarna yang dimuat naik Aiman ini mendapat perkongsian lebih 14,000 kali di Facebook. Aiman juga akan cuba mewarnakan video lain sekiranya beliau mempunyai masa untuk menghasilkannya. Buat masa ini, anda layan dahulu video sedia ada yang telah diwarnakan Aiman di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here