Warga Emas Mengesot Tengah Jalan Cari Tempat Berteduh Ketika Hujan Lebat, Buat Netizen Sebak!

1
2935
warga emas

Warga Emas Mengesot Tengah Jalan Cari Tempat Berteduh Ketika Hujan Lebat, Buat Netizen Sebak! | Umum sedia tahu bahawa sekarang merupakan musim hujan hampir diseluruh Malaysia. Hujan lebat pada sebelah petang kadang-kala menghadirkan banjir kilat dibeberapa kawasan rendah.

Bukan sahaja menghadkan pergerakkan, malahan cuaca yang kurang elok ini membuatkan ramai yang gusar hati kerana menghadapi sedikit kesulitan untuk bergerak.

Warga Emas Basah kuyup sebab hujan lebat sangat

Walau bagaimanapun, satu video telah tular dengan memperlihatkan seorang warga emas yang tidak boleh berjalan terpaksa mengensot di jalanan ketika hujan lebat kerana ingin bergerak dari satu tempat ke tempat lain.

Dua orang datang memayunginya

Video yang berdurasi 49 saat ini jelas memperlihatkan seorang warga emas mengesot melintas jalan sebelum dibantu oleh dua orang pengguna jalan raya yang bertindak memayunginya.

Situasi tersebut benar-benar sebak dan menghibakan kerana kesukaran warga emas itu bergerak untuk mencari tempat berlindung semasa hari hujan.

warga emas

Allahuakbar! Sebaknya tengok keadaan dia

Sehubungan dengan itu, menerusi ruangan komen, rata-rata warganet berasa cukup simpati dengan keadaan warga emas yang merupakan OKU tersebut.

Bukan itu sahaja mereka juga menzahirkan rasa sedih dan sebak apabila melihat lelaki itu mengensot didalam hujan lebat menuju ke tempat berbumbung .

Hanya mampu berdoa sahaja

Terima kasih yang menolong

warga emas

Sumber : Viral Malaysia

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here