Angau Dan 7 Lagi Sebab Wanita Malaysia Mudah Kena Pancing Dengan ‘Love Scam’ Di Internet

0
921
wanita malaysia

Mengejutkan! Sebuah akhbar tempatan melaporkan 6 daripada 7 wanita Malaysia ditipu oleh ‘love scam’ setiap hari. Statistik ini amat membimbangkan.

Berdasarkan laporan, terdapat beberapa punca sebenarnya kenapa wanita-wanita Malaysia mudah terjebak dengan kegiatan ‘love scam’ ini. Antaranya adalah:

7 Punca Wanita Malaysia Mudah Kena Love Scam

1 Angau

Angau dengan mat saleh dan pak Arab menjadi antara faktor utama wanita Malaysia lebih mudah tertipu dan mudah diperdaya oleh sindiket Love Scam yang didalangi oleh warga Afrika.

Difahamkan, mangsa-mangsa wanita ditipu kerana mereka terlalu teruja apabila berkenalan dengan lelaki warga asing khususnya yang berasal dari England dan tanah Arab.

2. Terbuka

Menurut sumber, kebanyakan mangsa itu bersikap ‘terbuka’ di laman sosial Facebook apabila seorang lelaki warga asing mahu berkenalan dan tidak menolak untuk terus berkomunikasi dengan pihak terbabit.

3. Teruja

Sudah menjadi lumrah dalam masyarakat kita hari ini yang teruja apabila berkenalan dengan warga asing terutamanya yang digelar ‘mat saleh’ dan perkara itulah sebenarnya yang terjadi kepada kebanyakan mangsa-mangsa wanita Malaysia ini.

“Mereka teruja apabila seorang dari luar negara yang be­kerja di Malaysia mahu ber­kawan dengan mereka dan akan melayan lelaki itu dengan bersungguh-sungguh. Lebih-lebih lagi jika lelaki itu mempunyai rupa paras yang elok,” kata sumber.

4. Kesunyian

Wanita yang kesepian, mahu mencari pasangan hidup dan diabaikan keluarga adalah antara majoriti mangsa yang ditipu oleh sindiket Love Scam ini.

“Mangsa yang terjebak dalam kes ini kebanyakannya terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai pasangan hidup, ditinggalkan suami seperti ibu tunggal dan wanita berstatus andartu,” kata sumber.

5. Keinginan dari kecil

Teori psikologi juga mendapati, golongan ini sebenarnya mudah terbawa-bawa dengan keinginan semasa kecil. Sebagai contoh, mereka tidak dapat sesuatu ketika waktu kanak-kanak dan apabila sudah dewasa keinginan ini tanpa disedari akan keluar dan berazam untuk mendapatkannya.

“Misalnya, sejak dari kecil dia tidak mendapat kesenangan, sudah tentu di waktu besar dia akan cuba melakukan sesuatu untuk mendapatkan kemewahan, iaitu keinginan yang dipendam selama ini walau dengan apa cara sekalipun.

“Itu sebab apabila ada yang menjanjikan sesuatu, mereka akan alpa,” ujar sumber.

6. Janji manis

Akibat daripada mudah terpedaya dengan kata-kata atau mahukan sesuatu kemewahan yang di luar batasan, wanita terpengaruh dengan janji-janji yang ditabur.

Golongan lelaki berkenaan sebenarnya tidak mempunyai apa-apa kekayaan pun, sebaliknya hanya mempunyai ‘kepakaran’ dan ‘berkemahiran tinggi’ dalam menggunakan ayat-ayat menggoda.

Laporan juga menyebut mengenai kebanyakan yang menjadi mangsa sindiket penipuan ini adalah terdiri daripada golongan wanita profesional.

wanita Malaysia

Selain mereka memang dikejar kerana mempunyai aset, ada dalam kalangan golongan ini yang mungkin hanya tahu mengenai soal kerja sahaja tetapi tidak mengendahkan apa yang terjadi di sekeliling mereka atas dasar kurang pengalaman dan pengetahuan dalam hal berkenaan.

“Selalunya orang yang begini terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai ramai kawan dan kurang berkomunikasi.

“Sebab itu dinasihatkan, kalau boleh kita perlu mempunyai ramai kawan, agar tidak terjebak dan terpedaya dengan sebarang unsur negatif. Lagi satu, sekiranya ada yang cuba menawarkan bantuan cinta kepada anda di Internet, jangan sesekali cuba mendekati diri, elakkan apa yang perlu.

“Kalau mahu dapatkan cinta, biarlah orang yang kita sayang itu benar-benar bertakhta di jiwa nyata dan bukannya di alam maya,” jelas sumber.

Oleh itu kuasa untuk membendung gejala ini bukan sahaja terletak pada pihak berkuasa malah pada kaum wanita Malaysia itu sendiri. Jika love scam ini tidak dilayan, gejala ini mungkin dapat dihapuskan terus daripada terus berleluasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here