Wow, Ini Wajah Terbaru Abam Bocey Selepas Turun 18Kg!

0
1225

Berita gembira untuk anda yang mempunyai badan besar. Kini, tiada alasan lagi untuk menurunkan berat badan kerana anda boleh menjadikan Abam Bocey sebagai mentor anda!

Abam yang kini dalam proses ‘mengecilkan badan’ telah berkongsi berat terkininya selepas sebulan berdiet.

                                    Foto: Ig ABAM BOCEY

Video mengenai pernurunan beratnya itu dikongsikan di laman Instagram miliknya. Video pertama menunjukkan proses penimbangan pada hari pertama dan video kedua menunjukkan timbangan terkini berat Abam. Ternyata Abam amat berpuas hati dengan kemajuan penurunan beratnya.

Abam sebelum ini telah ditegur oleh perunding kecergasan, Kevin Zahri kerana menggunakan tagline ‘gemuk is awesome’. Menurut kevin, dia bimbang perkataan itu boleh mempengaruhi individu berbadan besar lain kerana mengabaikan tanggungjawab mengawal berat badan masing-masing. Selain itu, dia juga tidak mahu Abam mendapat penyakit apabila usia semakin meningkat.

Mungkin di atas kesedaran ini, Abam mulai menjaga kesihatannya. Dan dengan semangat positif yang dibawa, akhirnya dia berjaya menurunkan sehingga 17.6 kilogram dalam masa sebulan! Tahniah diucapkan kepada Abam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here