Senyum Je Uncle Cina Belanja Isi Minyak Kereta Penuh Tangki

0
303

Teringat lagu Senyum nyanyian Malique dan Najwa yang berbunyi “Kalau kita senyum, Semua orang berjangkit, Bila semua orang senyum, Dunia tiada penyakit” dan perkara tersebut dibuktikan oleh tweet seorang netizen ini yang mana dengan hanya senyum sahaja seorang pak cik berbangsa Cina telah belanja minyak kereta penuh tangki.

Menurut Ain Ismail (@AinIsmail_) di Twitter yang mana pada suatu pagi dia dan kakaknya pergi mengisi petrol untuk kereta dan menjadi kebiasaan mereka akan senyum pada siapa sahaja yang berdekatan sebagai tanda budi bahasa.

Namun selepas itu seorang pak cik berbangsa Cina telah memanggil mereka dan sebagai tanda menghargai senyuman dan budi bahasa yang ditunjukkan Ain dan kakaknya itu, pak cik tersebut menyuruh mereka mengisi minyak kereta sehingga penuh tangki dan dia membayar harga minyak tersebut.

Lebih membuatkan Ain berasa terharu apabila pak cik tersebut memberikan wang RM50 dan mengucapkan “enjoy your puasa”.

Nampaknya semangat Malaysia Baharu itu jelas ditunjukkan oleh rakyat kini iaitu dengan berbuat baik dengan semua orang.

Tweet Ain itu mendapat pelbagai respon daripada netizen dan rata-rata memuji apa yang dilakukan oleh Ain dan juga pak cik tersebut kerana ia menunjukkan rakyat Malaysia sebenarnya mempunyai sifat kasih sayang dan hormat menghormati yang tinggi.

Jadi apa kata dengan semangat Malaysia Baharu kita beramai-ramai berbuat baik tanpa mengira bangsa, agama, harta mahupun pangkat kerana Malaysia kan bersatu selamanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here