Ubi ‘Petanda’ Tibanya Musim Tengkujuh Di Terengganu

0
1757
musim tengkujuh

Musim tengkujuh diramal bakal tiba di negeri Terengganu tidak lama lagi dan pelbagai persediaan dilakukan bagi menghadapi risiko banjir yang kemungkinan akan melanda seluruh negeri terutamanya Kemaman, Dungun, Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.

Menurut Ketua Sekretariat Pengurusan Bencana Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, negeri tersebut diramal melalui banjir tahap sederhana sebagaimana pada tahun 2016 dan 2017 yang menyaksikan lebih 110,000 mangsa daripada lebih 31,000 keluarga terjejas banjir dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PSS) di seluruh negeri.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu juga telah mengagihkan bantuan makanan dan barangan keperluan ke semua 152 pangkalan hadapan termasuk pulau-pulau.musim tengkujuh

Untuk rekod, JKM telah menyalurkan 3.8 tan makanan yang mampu menampung keperluan 2,000 penduduk di Pulau Redang jika terputus hubungan sepanjang musim tengkujuh.

Persiapan teknikal seperti ujian siren tsunami turut menjadi objektif penting dalam persediaan menghadapi musim tengkujuh dan Jabatan Meteorologi kebiasaannya akan melakukan penyelenggaraan dan pemeriksaan terhadap siren tersebut bagi memastikan alatan itu berfungsi dengan baik serta sentiasa bersedia bagi menghadapi Monsun Timur Laut.

Ubi Makanan Lazim Ketika Musim Tengkujuh

Di sebalik semua persediaan ini, musim tengkujuh di Terengganu juga cukup sinonim dengan ubi yang menjadi makanan lazim bagi masyarakat di negeri itu sejak dahulu lagi.

Kewujudan deretan ubi di tepi jalan biasanya dituai segera sebelum banjir melanda bagi mengelakkan ubi yang ditanam rosak dan tidak berkualiti.

Ubi kayu, keledek, keladi, ubi itik, ubi gajah dan ubi kemili merupakan jenis-jenis ubi yang boleh didapati pada musim tengkujuh selain enak diminum bersama kopi O.

Kesukaran mendapatkan bahan mentah pada musim tengkujuh satu ketika dahulu mungkin menjadi pencetus kepada budaya itu untuk berterusan sehingga kini.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here