Trend Anak Atas Tapak Tangan, Nasihat Dr Amalina Buka Mata Netizen

0
4900
tapak tangan

Sejak semalam, nama seorang selebriti lelaki menjadi perhatian netizen ekoran tindakan memegang bayi perempuannya dengan keadaan berdiri di atas tapak tangan. Walaupun terdapat segelintir netizen yang mengagumi aksi tersebut, namin tidak kurang juga yang menyarankan agar aksi seperti itu tidak dilakukan.

Ekoran perkara itu, Dr Amalina juga turut memberikan pandangan dan saranan kepada orang ramai agar tidak melakukan perkara begitu. Walaupun perkongsiannya itu tidak ditujukan kepada pihak tertentu, namun saranan yang diberikan perlulah diambil perhatian oleh semua orang.

Berkongsikan gambar daripada Public Health Malaysia, Dr Amalina memberikan pesanan ringkas agar orang ramai tidak melakukan aksi sedemikian di rumah.

Please DO NOT di this at home.

Menerusi gambar yang dikongsikan oleh Dr Amalina, aksi membiarkan bayi berdiri di atas tapak tangan boleh mendatangkan pelbagai kesan buruk iaitu seperti risiko terjatuh dengan kecederaan kepala dan patah tulang. Selain itu, bayi juga terdedah kepada risiko tulang kaki membengkok kerana otot kaki masih belum kuat dan tekanan berat badan yang boleh beri kesan kepada tulang bayi.

Rata-rata netizen juga bersetuju dengan saranan yang diberikan oleh Dr.Amalina dan ada juga yang menyarankan agar ibu bapa tidak mengikuti trend semasa sekiranya terdedah kepada bahaya.

RESPON NETIZEN TERHADAP TREND ANAK ATAS TAPAK TANGAN

“Hope bro boleh take noted la walaupun tu anak bro sendiri. Nasihat bukan nak malukan kita, tapi nak selamatkan kita”

tapak tangan

“Buatnya jadi apa-apa nyesal tak sudah. minta dijauhkan lah”

tapak tangan

Sumber: Dr Amalina

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here