6 Perkara Ni Memang Trademark Rakyat Malaysia, Walaupun Berselisih Pendapat

0
403

Walaupun duduk dalam satu negara yang sama, tapi kita semua mempunyai perbezaan pendapat. Namun, ada beberapa perkara atau trademark yang sentiasa menyatu padukan rakyat Malaysia dan salah satu dari perkara ni mesti korang pernah buat kan?

1. Nak makan mana ni? Last-last ke mamak jugak..

Rakyat Malaysia ni kalau sehari tak lepak mamak memang tak sah lah! Bila nak lepak, tengok bola, borak pasal bisnes, main games pun mamak jugak yang jadi pilihan. Bila dah takde idea nak makan mana, sudahnya mesti ke mamak pekena roti canai, megi goreng dengan secawan teh tarik! Perghhh!

Inilah trademark orang Malaysia tak kira apa bangsa sekalipun, walaupun mulut selalu cakap dah bosan makan kat mamak tapi bila dah tiada kedai makan lain nak pergi kaki melangkah jugalah ke kedai mamak. Setuju?

Mungkin kerana kedai mamak biasanya buka 24 jam dan mempunyai pelbagai pilihan makanan jadi ianya merupakan antara pilihan tempat melepak bersama kawan-kawan sehingga ke awal pagi. Nak pula kalau ada perlawanan bola sepak memang meriah lah kedai mamak.

trademark

2. Tengok kat rumah tapi over mengalahkan tengok kat stadium.

Bila ada perlawanan bola ataupun badminton yang melibatkan negara kita, confirm semua orang akan berlonggok depan tv dan tengok ramai-ramai dengan ahli keluarga atau kawan-kawan.

Ingat lagi tak masa Datuk Lee Chong Wei bertarung di Sukan Olimpik Rio 2016? Masa tu memang setiap saat mendebarkan. Kita yang tengok kat rumah ni yang over, siap boleh dengar jiran sebelah bersorak sekali! Trademark semangat kesukanan orang Malaysia ni memang semakin menjadi kalau ada perlawanan World Cup Football ada sampai level ambil cuti sakit tau walhal tengok di rumah je pun.

trademark

3. Semangat Malaysia Boleh!

Setiap kali pasukan Malaysia  bertanding di peringkat antarabangsa, memang jelas semangat kesukanan yang rakyat Malaysia tunjukkan kat stadium. Tak berhenti-henti laungkan moto negara kita iaitu Malaysia Boleh!

Kalau korang nak tahu, slogan Malaysia Boleh ni diperkenalkan melalui kempen pemasaran MILO® yang berkolaborasi bersama Sukan SEA Singapore pada tahun 1993 dan masih digunakan sampai sekarang. Trademark ini juga digunakan oleh golongan bukan sahaja dalam dunia sukan tetapi untuk banyak aktiviti lain juga dikalangan belia Malaysia.

4. Siang, malam, pagi, petang nasi lemak!

Satu keunikan yang ada pada rakyat Malaysia ni adalah boleh makan nasi lemak pada bila-bila masa je. Sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam pun nasi lemak!

Kalau ada kedai nasi lemak yang viral, memang terus start enjin kereta pergi cari tempat tu. Disebabkan kecintaan rakyat Malaysia yang mendalam terhadap nasi lemak jugalah timbul macam-macam makanan seperti burger nasi lemak, kek nasi lemak dan aiskrim nasi lemak!

Jadi korang yang tak suka nasi lemak tu cam pelik plak kan sebab nasi lemak ni memang trademark rakyat Malaysia. Kalau ko berani cakap tak suka nasi lemak mahu boleh gaduh dengan kawan-kawan nanti.

5. Manglish, hanya rakyat Malaysia yang faham!

Senang je kalau korang nak cam rakyat Malaysia, dengar dia cakap. Kalau ada perkataan “lah” ataupun perkataan campur Bahasa Melayu dan English, sah dia orang Malaysia!

Korang pergilah mana-mana, memang takkan jumpa slang macam ni. Campur bahasa tu kadang kala membantu kawan-kawan yang tak berapa mahir dengan salah satu bahasa lebih memahami maksud bahasa tu tau!

Kalau ke Sabah atau Sarawak pun trademark Manglish ni tetap ada tau malahan bunyinya lebih sedap dengan penambahan bahasa mereka sendiri. Jangan korang pening pula sampai tak faham langsung bahasa sendiri sudah lah..

trademark

6. Sangat excited bila nampak lori MILO®!

Siapa setuju kalau kami cakap, air MILO® sejuk dari lori MILO® adalah the best in the world? Rasanya semua setuju kan? Dulu masa hari sukan sekolah, setiap kali nampak lori MILO®masuk dalam pagar sekolah, memang bersorak sakan dan excited gila!

Siap beratur banyak kali sebab secawan MILO® memang tak pernah cukup. Sampai viral cerita tentang seorang wanita mengandung yang kejar lori MILO® sebab mengidam sangat. Punyalah power penangan air MILO® lori ni!

Bagi mereka yang selalu sertai program sukan seperti berbasikal atau larian, biasanya kehadiran lori MILO® boleh membuatkan orang dewasa sanggup beratur panjang. Jangan ingat hanya budak-budak di sekolah je beratur berulang kali yang dewasa ni pun sanggup buat peel budak-budak demi secawan milo. Beratur panjang demi lori milo? Yes! Inilah trademark rakyat Malaysia.

trademark

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here