Tolong Ambil Budak Tu! Eksploitasi Kanak-Kanak, Netizen Gesa Budak Kepala Besar TBS Diselamatkan

0
3400
kanak-kanak

Jika ada yang pernah melalui Terminal Bersepadu Selatan (TBS), pasti pernah terserempak dengan kanak-kanak yang mempunyai penyakit kepala besar di di atas jambatan antara laluan KTM ke terminal bas.

Hakikatnya, kisah kanak-kanak yang dipercayai pelarian Rohingya pernah tular sebelum ini, malah ada yang telah membuat laporan berkenaannya.

Tiada tindakan lagi?

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook dengan nama akaun, Akhi Fairuz Al-Jengkawi, pernah menularkan kisah anak itu dan menjadi perhatian ramai.

Namun, sehingga kini kanak-kanak yang dipercayai menghidap Hydrocephalus ini (pengumpulan cecair di dalam otak) masih lagi kelihatan dibawa untuk mengemis bukan sahaja di TBS tetapi dia merata tempat lain.

Jadi mangsa sindiket…

Jika diteliti semula rentetan kisah anak kecil ini, ramai yang perasan penjaga kononnya sebagai ‘ibu’ ini sering bertukar-tukar sehinggakan tidak tahu yang mana satu ibunya yang sebenar.

Jelas sekali, ada sindiket yang cuba mempergunakan anak kecil tidak berdosa ini untuk kepentingan mereka, sedangkan sepatutnya anak ini sudah boleh mendapatkan rawatan.

kanak-kanak

kanak-kanak tbs

mangsa sindiket kanak-kanak

Tolong selamatkan dia…

Tidak sanggup lagi mahu melihat anak itu terpaksa berhujan dan berpanas semata-mata digunakan untuk meraih simpati ramai, rata-rata netizen menggesa untuk anak itu diselamatkan daripada menjadi mangs cengkaman sindiket.

Berhenti bagi duit, bukan dapat kat budak tu

Ambil la budak tu, buat la macam mana pun selamatkan dia

Ini eksploitasi kanak-kanak!

Duit orang derma betul untuk rawatan?

Kita sudah lihat, perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ia melibatkan kes eksploitasi kanak-kanak. Diharapkan, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan yang tegas.

Sumber : Akhi Fairuz Al-Jengkawi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here