Tipu, Tak Benar! Anak Nafi Cerita Viral Konon Marah Bapa Sebab Jatuhkan Phone

0
1233
viral

Baru-baru ini telah viral di media sosial berkenaan seorang bapa yang ingin membaiki sebuah telefon bimbit milik anaknya. Tambah menyedihkan lagi, lelaki itu dikatakan tidak sengaja menjatuhkan iPhone 6 milik anaknya sehingga membuat anaknya mengamuk dan memarahinya. Kisah ini diceritakan sendiri peniaga telefon yang bantu membaiki telefon tersebut.

Terbaru, menerusi Facebook Kehcikk Manja, dia mendakwa peniaga telefon bimbit itu telah menjatuhkan fitnah terhadapnya dan bapanya. Dia turut menceritakan perkara yang sebenar berkenaan kejadian yang berlaku.

Abah tak pernah ajar sikap kurang ajar

Assalamualaikum, apa yang dah terviral ni fitnah sama sekali. Cerita sebenar, abah cuma cerita macam mana telefon boleh jatuh dan dia tak nak telefon tu rosak lagi teruk. Dan dia tak nak anaknya bermasam muka dengan adik-beradik sebabkan hanya telefon. Bukan sebab kami kurang ajar dengan abah. Abah juga tak pernah ajar untuk anak-anak dia kurang ajar, abah juga kesal dengan hamba Allah yang dah viralkan ni. Kami juga dah jumpa si pelaku. Kami harap hentikan lah cerita-cerita ni ya. Saya akan minta Muhammad Fazli membuat permohonan maaf cara terbuka.

Post viral sebelum ini

viral

Perkongsian dari Facebook Muhammad Fazli ini didakwa memfitnah Kehcikk sekeluarga. Baginya Fazli telah mencemar nama baik mereka. Ayahnya dikatakan kecewa dengan perkongsian yang dibuat oleh Fazli selaku tukang baiki telefon bimbitnya.

Sumber: Kehcikk Manja

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here