Nak Mencuba Makanan Pedas, Ini 4 Tip Untuk Korang Bertahan!

1
823
makanan pedas

Makanan pedas atau berempah sememangnya menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Tidak sah jika sesuatu jenis makanan tidak dihidangkan dengan cili ataupun bahan yang membuatkan makanan tersebut menjadi pedas.

Rakyat Malaysia kalau tak makan makanan pedas satu hari ibarat mandi pagi tak gosok gigi. Senang cerita, makanan pedas boleh menambahkan lagi kepuasan dan melengkapkan sajian harian yang dimakan oleh seorang rakyat Malaysia.

Tapi tak semua rakyat Malaysia ni boleh tahan makanan pedas, biasanya orang Negeri Sembilan memang terkenal dengan ketahanan terhadap makanan pedas. Betul tak? Rata-rata restoran di negeri tersebut mesti ada hidangan untuk peminat pedas!

Tapi korang tak tahu sebenarnya ada benda yang korang tak patut buat kalau makan makanan pedas? Ini info penting untuk korang yang suka sangat melantak makanan pedas.

makanan pedas

4 Tip Sebelum Makan Makanan Pedas

Jangan Minum Air Biasa Tapi Minum Air Yang Berasaskan Susu

Minum air suam atau manis boleh menyebabkan rasa pedas tersebar ke seluruh kawasan di dalam mulut. Sebaiknya, minum air yang berasaskan susu sama ada yogurt, susu segar, susu penuh krim dan macam-macam lagi jenis susu.

Susu boleh melarutkan capsaicin, sejenis komponen yang ada di dalam cili dan boleh menghilangkan rasa pedas.

Jangan Minum Air Bergas

Sama macam minum air biasa, kalau minum air bergas lagi membuak-buak la rasa pedas dalam mulut korang.

Jangan Lupakan Makanan Berkarbohidrat

Makanan berkarbohidrat juga boleh melegakan rasa pedas di dalam mulut antaranya nasi, kentang atau pun roti.

Jangan Makan Pedas Masa Perut Kosong

Makan makanan pedas masa perut kosong boleh menyebabkan kesan reaksi berasid di dalam perut dan mungkin juga akan mengakibatkan perut berasa pedih. Terus hilang rasa kepuasan makan pedas tu.

KESAN MAKANAN PEDAS PADA KESIHATAN ANDA

Pakar gastroenterologist daripada India, Dr. SK Thakur berkata memakan makanan pedas boleh mengakibatkan seseorang itu mendapat beberapa penyakit yang serius.

Antara penyakit yang mungkin boleh dihidapi oleh mereka yang gemar memakan pedas berlebihan adalah seperti berikut :

Meningkatkan Asid Perut

Rasa pedas cili itu sebenarnya dari kombinasi asam.Bila masuk dalam sistem pencernaan kadar asam akan meningkat.Bila anda makan makanan pedas sebenarnya menambah lagi jumlah asid di dalam perut.
Menyebabkan Gangguan Perut (akut)
Peningkatan jumlah asid dalam perut yang ketara jika berterusan ini akan mengakibatkan individu itu akan mengalami gangguan lambung akut di lambung. Ini akan menyebabkan mual,muntah-muntah,cirit-birit,demam dan sakit kepala.
Peradangan
Radang akan terjadi apabila terlalu kerap mengambil makanan pedas,berlanjutan hingga menyebabkan gangguan lambung akut,dan menyebabkan perut terluka.Luka parah pada perut akan mengeluarkan nanah dan sakit yang luar biasa.Gejala ini akan mengakibatkan mual,muntah dan penurunan berat badan yang ketara.
Sukar Tidur Atau Insomnia
Makanan pedas meningkatkan suhu tubuh dan badan akan berpeluh. Ini menyebabkan anda sukar tidur. Oleh itu, pengambilan makanan pedas ini disarankan adalah 3 atau 4 kali seminggu dengan kadar yang tidak terlalu tinggi.
Kesimpulannya, ia bergantung kepada anda jangan terlampau mengambil makanan pedas yang berlebihan, pada masakan pula jangan terlalu ketara pengambilan seperti cili dan rempah.

Untuk mengelakkan sistem pencernaan kita terganggu akibat asam lambung atau meningkatnya asid dalam perut, boleh menurunkan dengan pengambilan susu dan air kelapa.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here