Tindakan Berani Wanita Buka Pintu Masjid, Selamatkan Pelajar Dari Insiden Tembakan Dipuji

0
2791

Tindakan Berani Wanita Buka Pintu Masjid, Selamatkan Pelajar Dari Insiden Tembakan Dipuji | Menerusi laporan daripada The North Western, kejadian tembakan itu telah berlaku di Oshkosh West High School apabila seorang pegawai polis yang bertugas di sekolah tersebut dikatakan telah menembak seorang pelajar yang berusia 16 tahun. Menurut sumber, pegawai polis bertindak sedemikian selepas pelajar tersebut menikamnya dalam satu perbalahan yang berlaku.

Kedua-dua mangsa dikatakan mengalami kecederaan ringan dan tidak mengancam nyawa. Sekolah tersebut walau bagaimanapun telah dikunci dan dipindahkan. Manakala, kesemua kelas-kelas di seluruh daerah Sekolah Oshkosh yang sepatutnya berlangsung pada hari Rabu itu telah dibatalkan.

Tindakan berani wanita muslimah

masjidBerdasarkan satu video viral yang sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV), memaparkan detik cemas apabila para pelajar tersebut melarikan diri meninggalkan perkarangan sekolah selepas insiden tembakan itu berlaku di sekolah berkenaan. Mereka kemudian bertindak menuju ke masjid berdekatan untuk menyelamatkan diri.

Apabila tiba di kawasan masjid, seorang wanita dilihat membantu para pelajar tersebut dengan membuka kod yang ada pada pintu masjid supaya mereka dapat melindungkan diri di dalam masjid tersebut.

Respon warganet

Tindakan mulia wanita telah mendapat pujian daripada rata-rata warganet. Mereka juga menyifatkan wanita ini sebagai penyelamat kerana berani mengawal situasi cemas tersebut.

Sumber: The North WesternMuslim Marine, Fateh Ahmad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here