Tiada Lagi Leher Besar, Adik Icha Selamat Jalani Pembedahan

0
2087
icha

Tiada Lagi Leher Besar, Adik Icha Selamat Jalani Pembedahan | Terbit sinar baru buat adik Nur Falisya Mardina Fahme Ridzuan, yang sebelum ini menderita penyakit cystic hygroma iaitu gejala abnormal yang terjadi pada leher, apabila dimaklumkan telah selamat menjalani pembedahan.

Mesra dipanggi Icha, kanak-kanak berusia 21 bulan itu mula dibedah pada 10 pagi semalam, tanpa berlaku sebarang komplikasi dan tidak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana pernafasannya dalam keadaan baik.

Icha selamat berkat doa orang ramai

Menurut ibunya, Nur Atekah, menzahirkan rasa syukur kerana dengan berkat sumbangan dan doa orang ramai, pembedahan membuang cecair pada leher Icha berjalan lancar dan dipermudahkan.

“Terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan serta menyumbang untuk Icha dan berkat doa ramai semuanya dipermudahkan…”

icha

Tiada lagi cecair dalam leheri Icha…

Atekah berkata, pemdedahan selesai pada pukul 3 petang semalam, dan pakar bedah berjaya mengeluarkan kesemua cecair yang terkumpul pada leher anaknya.

“Icha kini dalam pemantauan rapi doktor dan fokus kami sekarang mahu Icha pulih sepenuhnya…”

Tiada apa yang dapat diucapkan selain meluahkan rasa syukur, di atas keprihatian dan kemulian hati masyarakat di Malaysia sehingga dapat mengubah nasib seorang anak kecil.

Sumber : Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here