Perasan Tak, Kenapa Tiada Aiskrim Berperisa Anggur Di Dunia?

0
1952

Apabila cuaca panas atau musim panas yang panjang, aiskrim antara pilihan yang paling enak untuk dinikmati kerana makanan atau minuman yang sejuk membantu mengurangkan rasa panas. Lebih-lebih lagi jika makan aiskrim di waktu panas. Sudah tentu ia sangat melegakan dan cara paling berkesan untuk menghilangkan rasa panas.

Peti aiskrim di kedai-kedai runcit pasti mendapat perhatian kanak-kanak mahupun orang dewasa sebagai pelega tekak dan pemanis mulut. Kalau diikutkan sekarang memang sudah banyak jenis perisa boleh diperbuat dari buah-buahan malahan bunga-bungaan pun ada.

Malahan banyak syarikat pengusaha aiskrim membuat perisa aiskrim yang bermusim bergantung kepada permintaan dari pembeli. Contohnya apabila musim durian, anda boleh melihat rangkaian kedai makanan segera seperti Mc Donald dan Burger’s King turut mewujudkan perasa ini sebagai menu tambahan.

Jika kita ingin senaraikan pelbagai perisa aiskrim yang pernah kita makan memang tidak senarainya agak panjang.  Namun mesti ada beberapa perisa sahaja yang anda betul-betul minat dan boleh makannya berulang kali.

Sebelum anda sebut perisa aiskrim kegemaran anda, cuba perhatikan pernah tak anda makan aiskrim berperisa anggur?

Kalau anda kata ‘ya, pernah’ berkemungkinan anda makan aiskrim jenis ais yang berketul tapi bukan seperti krim iaitu aiskrim seperti perisa vanilla, coklat, strawberi dan lain-lain.

Kenapa sukar jumpa aiskrim anggur?

aiskrim

Gula-gula anggur memang ada dijual tetapi lain pula dengan aiskrim. Antara penyebab jarang kita temui aiskrim anggur kerana cara penghasilannya agak sukar dan tidak memberikan tekstur krim lembut seperti yang diinginkan.

Hal ini kerana anggur mempunyai kandungan air yang tinggi dimana sangat bagus sebagai sumber hidrasi. Namun apabila dibekukan untuk dijadikan sebagai aiskrim ia akan bertukar menjadi ais yang berketul-ketul.

Menurut Reader’s Digest, terdapat beberapa syarikat pengusaha aiskrim memajukan aiskrim berperisa anggur dalam jenama mereka namun kebanyakan ia gagal kerana tidak mendapat sambutan dan kebanyakan aiskrim terpaksa menggunakan bahan perisa tiruan.

Ada pula kisah seram mengatakan aiskrim anggur telah menyebabkan kematian seekor anjing. Seorang lelaki telah membuat aiskrim perisa anggur untuk diberikan kepada teman wanitanya tapi ia telah dimakan oleh anjing milik wanita tersebut. Tidak lama kemudian, anjing itu berada dalam keadaan tidak sedar dan seterusnya mati mengejut.

Maka wujudlah beberapa teori mengatakan untuk mencipta aiskrim anggur bukan secara suka-suka. Ia memerlukan sukatan yang tepat kerana anggur adalah buah yang sangat sukar untuk diguna pakai dalam pembuatan aiskrim.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here