Terlupa Sedang Goreng Telur, Habis 5 Buah Rumah Hangus

0
601

Lima buah rumah musnah dijilat api akibat kelalaian salah seorang penghuninya ketika menggoreng telur ayam.

Sinar Harian melaporkan, kejadian berlaku di Kampung Terengganu, Teluk Intan, kira-kira 12.45 pagi semalam.

Kejadian menyebabkan tiga keluarga hilang tempat tinggal, manakala harta benda musnah dalam kebakaran itu ketika mereka sedang nyenyak tidur.

Sementara itu, bapa kepada salah seorang mangsa iaitu Sukardi Siran, 62, mengatakan dia sedang berehat selepas pulang daripada berniaga sate di kedai makan ketika kejadian berlaku.

“Kemudian saya mendengar anak lelaki saya Mohd Fariq Sukardi, 26, yang tinggal di hadapan rumah saya menjerit tolong api rumah terbakar, lalu saya pun keluar.

“Apabila saya keluar saya lihat rumah anak saya sedang terbakar begitu juga empat buah rumah lagi dan apa yang saya lakukan adalah memastikan dia, menantu dan cucu saya selamat,” katanya.

Foto: Sinar Online

Menurut Sukardi, kebakaran dipercayai berpunca daripada kecuaian salah seorang penghuni daripada lima buah rumah yang terbakar.

“Pemilik rumah itu berusia 40an dan dia beritahu dia ada menggoreng telur ayam kemudian terlupa sedar-sedar api sudah marak,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here