Rakyat Tumpang Gembira Tengku Hassanal Tamat Kursus Ketenteraan, ‘Jelingan’ Al-Sultan Abdullah Paling Mencuit Hati

0
3289
Tengku Hassanal

Rakyat Tumpang Gembira Tengku Hassanal Tamat Kursus Ketenteraan, ‘Jelingan’ Al-Sultan Abdullah Paling Mencuit Hati | RAJA Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meluahkan rasa teruja kerana dapat menyaksikan majlis graduasi ketenteraan anakandanya di Akademi Tentera Diraja Sandhurst (RMAS), London pada Jumaat.

Tunku Azizah turut berkongsi video anakanda, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, melakukan perbarisan berdaulat yang menandakan berakhirnya latihan ketenteraannya.

Video berdurasi 45 saat itu dengan kapsyen ‘momen paling membanggakan… untuk melihat perbarisan berdaulat anakanda kesayangan Hassanal’ turut mendapat 3,200 ulang kicau dan 13,900 tanda suka di Twitter.

Tahniah Kepada Pencapaian Tengku Hassanal

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Tunku Azizah dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di atas pencapaian membanggakan.Tengku Hassanal

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan menyaksikan perbarisan tamat latihan ketenteraan Tengku Hassanal.

Malah netizen turut meluahkan rasa gembira di atas kejayaan tersebut.

“Bangganya hati seorang ibu bila anakanda berjaya. Happy dan sebak. Tahniah buat anakanda Tengku Hassanal juga buat Raja Permaisuri Agong dan Yang di-Pertuan Agong sekeluarga,” kata Ihasny.

“Sembah tahniah kepada Tuanku berdua. Kepada Tengku Hassanal selamat kembali ke tanah Pahang untuk berbakti kepada rakyat jelata. We proud of you, Your Highness,” kata Ahmad.

Namun begitu, reaksi Al-Sultan Abdullah di hujung video yang dikongsi Tunku Azizah berjaya mencuit hati netizen.

“Ampun Tuanku. Last part was the cutest moment,” tulis Jedi.

“Ya Allah. Hahaha memang terkejut lah part last tu. Tiba-tiba muncul muka Sultan. Cute,” kata Afreen.

Tengku Hassanal

Tengku Hassanal bersama ayahandanya selepas perbarisan tamat latihan ketenteraan di RMAS, London. – fotoBERNAMA

Lawatan Sultan Abdullah ke RMAS pada Jumaat merupakan momen bersejarah memandangkan baginda pernah menjalani latihan di akademi tersebut dari 1978 sehingga 1979.

Baginda ditauliahkan sendiri oleh Ratu Elizabeth II pada 1980.

RMAS merupakan salah satu daripada akademi tentera di United Kingdom dan pusat latihan tentera British.

Ya Allah. Hahaha memang terkejut lah part last tu. Tiba-tiba muncul muka Sultan. Cute!

AFREEN.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kini berada di United Kingdom (UK) untuk lawatan khas sehingga 16 Disember ini.

Terdahulu mStar melaporkan keterujaan Tunku Azizah mengenai perkhabaran kepulangan Tengku Hassanal ke tanah air.

“Insya-Allah pada 13 Disember, tamatlah kursus kenteraan Hassanal di Royal Military Academy Sandhurst (England),” titah baginda di Twitter.

Ujar baginda lagi, sekembalinya ke tanah air, Tengku Hassanal akan berkhidmat di Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Batalion 12 yang terletak di Kuantan, Pahang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here