Tangisan Keluarga Iringi Pemergian Anggota ATM ke Lubnan

0
1725
keluarga

Lumrah bertugas sebagai prajurit negara, banyak perkara yang harus dikorbankan termasuklah masa bersama keluarga, demi berbakti untuk negara.

Semalam, Kumpulan Pertama MALBATT 850-7  telah diterbangkan ke Lubnan untuk menyertai misi UNIFIL  dan satu majlis Pemakaian Beret PBB, Penyerahan Bendera Malaysia telah diadakan.

Tangisan Keluarga Iringi Pemergian

Menerusi video dan foto yang dikongsikan menerusi laman Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia, memaparkan suasana pilu ketika kesemua anggota mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga masing-masing.

Berpisah untuk jangka masa yang lama

Dapat diperhatikan, beberapa anggota dan ahli keluarga tidak dapat menahan sebak semasa diberi peluang untuk meluangkan masa seketika, sebelum mereka bepisah untuk jangka masa yang lama.

keluarga






keluarga

Pasukan MALBATT 850-7, yang diketuai oleh Kol Khairul Anwar bin Soib bersama 50 Pegawai dan 165 anggota lain-lain pangkat termasuk 2 anggota dari ABDB, antara yang terpilih untuk menyertai misi  UNIFIL, di Lubnan.

Selamat jalan perwiraku

Melihat pengorbanan yang terpaksa ditempuhi Anggota Tentera Malaysia, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan doa agar kesemua anggota pergi serta pulang dengan selamat.

Sumber : Kementerian Pertahanan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here