Inilah 8 Tanda Anda Mengalami Kepenatan Mental Dan Emosi, Jangan Abaikan

0
2585
kepenatan mental

Ramai orang Malaysia secara fizikal mereka kelihatan sihat tapi hakikatnya sedang mengalami kepenatan mental. Ramai yang tidak mengambil berat berkaitan isu kesihatan mental dan kadang kala memaksa diri mereka ke tahap yang tidak sepatutnya.

Terlalu ramai yang mengalami kepenatan mental tetapi hanya perasan apabila ada orang lain menegur atau setelah mendapatkan pandangan dari doktor pakar. Kepenatan mental dan emosi ini sebenarnya salah satu punca kita kerap tidak sihat dan gagal melakukan aktiviti harian.

Walaupun pada hakikatnya kadang-kadang sukar untuk tahu jika anda letih secara fisik atau anda hanya kehilangan semua harapan untuk mengharungi segalanya, ia adalah selamat untuk dikatakan bahawa satu-satunya yang anda perlukan adalah rehat yang lama.

Tanda Amaran Kepenatan Mental Dan Emosi

Apabila kehidupan menyerang kita dengan beberapa batu di sepanjang jalan, penting untuk menyenangkan diri untuk sementara waktu dan membiarkan orang lain mengambil alih. Mengambil masa untuk berehat tidak semestinya bererti anda menyerah, ia hanya bermaksud anda membuat masa untuk mencintai dan menyembuhkan diri sendiri dari kepenatan mental dan emosi.

Sekiranya anda mengalami 8 tanda-tanda ini, mungkin anda sedang mengalami kekusutan dalam kehidupan dan kepenatan mental yang teruk.

Berhenti seketika, bernafas dan cas semula. Anda boleh melakukannya!

1. Anda mudah rasa jengkel

Apabila perbuatan orang lain mengganggu anda jangan membuang masa anda ke atasnya, tetapi gunakan masa ini untuk bekerja pada diri anda sendiri. Memang tidak mudah untuk memuaskan diri sendiri atau orang lain. Tetapi menahan perasaan tidak berpuas hati dan mencari kesempurnaan akan memburukkan lagi kepenatan mental anda.

2. Tahap motivasi yang rendah

Jangan mengerjakan diri anda dengan terlalu keras. Inspirasi berada di mana-mana di sekeliling kita dan ia akan muncul apabila anda tidak menjangkanya. Memaksa diri sendiri ketika anda berada di tahap motivasi rendah sama seperti anda memaksa diri menaiki bukit yang tinggi menggunakan kaki yang sudah cedera.

3. Mengalami serangan kecemasan (anxiety) dengan kerap

Jangan takut. Cuba cari jalan untuk memusatkan diri anda untuk menyembuhkan luka anda. Luangkan masa bersendirian dan tentukan apa yang anda perlukan dalam kehidupan. Pastikan anda tidak berseorangan dan kalau boleh maklumkan keadaan anda pada keluarga atau kawan-kawan terdekat. Serangan kecemasan ini jika tidak terkawal boleh menyebabkan anda mengalami keadaan yang sukar jika bersendirian.

4. Kesukaran untuk tidur

Tenangkan fikiran anda sebelum tidur dengan mendengar bunyi santai. Keletihan kadang-kadang boleh membuat anda lebih sukar untuk tidur kerana kekusutan yang masih mempengaruhi fikiran anda.kepenatan mental

5. Benda kecil membuat anda marah

Jangan biarkan diri anda menderita dengan perkara-perkara yang tidak penting. Luangkan sedikit masa dan rekonstruksikan dunia anda. Tidak kira betapa sukarnya, ia akan berbaloi. Memberi keutamaan pada perkara yang remeh dan sepatutnya anda boleh pejam mata sahaja akan membuatkan mental dan emosi anda letih dan hilang focus.

Bagi mereka yang bekeluarga cuba bertoleransi soal kecil tidak perlu diperbesarkan dan kalau boleh jangan jadikan keluarga anda sebagai tempat anda melepaskan segala kemarahan ketika di tempat kerja.

6. Anda kerap rasa mual dan pening

Ini adalah salah satu bendera merah utama, baik anda menghalangnya sebelum terlambat. Situasi kerap rasa mual dan pening tanpa sebab ini memang menandakan badan anda sendiri sudah tidak boleh bertoleransi dengan emosi anda yang sudah tidak stabil. Dapatkan khidmat nasihat dari doktor, jika perlu.

7. Tanpa sebarang alasan, anda mula nangis

Jangan bimbang ia hanya satu cara untuk badan dan jiwa kita untuk membersihkan tekanan yang dilanda. Kalau boleh jangan menahan perasaan untuk menangis itu, biarkan diri anda menangis supaya anda akan rasa perasaan lebih lega. Namun jika terlalu kerap menangis ianya tidak akan membantu tapi akan memburukkan keadaan lagi kerana anda terlalu terikut-ikutkan perasaan sedih.

8. Anda mula rasa terasing dari segalanya

Jangan biarkan diri anda menjadi seperti seseorang yang tidak wujud di dunia sebenar dan anda mula mengasingkan diri. Apabila anda merasakan perubahan negatif yang sedikit dalam kesejahteraan anda, berhenti dan berehat. Anda dapat mengatasi apa saja cabaran yang diberikan kepada anda.

Sumber: The Power Of Silence

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here