Taman Rekreasi Tasik Titiwangsa berwajah baru, dibuka semula Ahad 15 December Ini!

0
1133
taman rekreasi

Setelah lebih setahun Taman Rekreasi Tasik Titiwangsa ditutup bagi memberi laluan terhadap kerja-kerja penambahbaikan dan pengindahan kawasan, taman itu akan dibuka semula sepenuhnya pada Ahad (15 Disember) ini dengan berwajah baharu.

Kerja-kerja berkenaan adalah satu daripada pakej dalam projek Sungai Nadi Kehidupan (ROL), komponen pengindahan sungai melibatkan kos sebanyak RM99.88 juta.

Menurut Penolong Pengarah Kanan (Arkitek) Jabatan Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Noor Fazlina Rosley, taman rekreasi itu akan dibuka bermula 6 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Perasmian Pembukaan Semula Taman Rekreasi

“Kita mungkin nak buat perasmian (taman itu) pada 2020.

“Jelas sekali orang awam tidak sabar nak gunakan taman rekreasi ini, jadi Datuk Bandar (Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan) kata memandangkan mereka (orang awam) tidak sabar dan sekarang musim cuti sekolah, kita bukalah (taman itu) awal sikit,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Taman Rekreasi

Menurutnya, kerja-kerja penambahbaikan dan pengindahan taman itu bermula 1 Sept tahun lepas dan siap sepenuhnya 31 Oktober lepas dengan membabitkan keluasan kira-kira 20.23 hektar, tetapi terpaksa dibuka lewat bagi memastikan aspek keselamatan dan beberapa perkara yang perlu ditambah baik dilakukan.

Sementara itu, Noor Fazlina memberitahu, terdapat beberapa pembaharuan di taman berkenaan yang akan menjadi tarikan kepada para pengunjung seperti Kanopi Banjaran titiwangsa (dataran), Laman Kerawang, Taman Air Kanak-Kanak dan Taman Permainan Kanak-Kanak.

Pada masa sama, katanya taman tersebut berkonsepkan ‘ínclusivity’ iaitu boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang terbatas dari segi fizikal seperti orang kurang upaya (OKU).

Taman Rekreasi

“Kita (telah) panggil anak-anak autistik dan cerebral palsy untuk cuba (taman permainan), selepas itu kita dapatkan komen ibu bapa mereka dan kita cuba tambah baik. Kita nak semua orang dapat menggunakan taman rekreasi ini,” katanya.

Selain itu, antara tumpuan utama di taman rekreasi berkenaan adalah ‘High Fountain Jet’ di tasik itu dengan keupayaan pancutan air setinggi 100 meter.

“High Fountain Jet kita boleh dikatakan bertaraf antarabangsa kerana pancutan air mampu naik setinggi 100 meter. Tugasnya bersama fountain jet kecil yang lain adalah sebagai sistem pengudaraan air tasik kerana di sini, cepat sangat alga (sejenis tumbuhan) tumbuh,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here