Umat Islam Jangan Terlampau Taksub Pada ‘Air Jampi’

0
367

Baru-baru ini, kes seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut didakwa akibat didera bapa kandung dan ibu tirinya amat menggemparkan masyarakat Malaysia

Nur Aina Nabihah telah disahkan meninggal dunia 12.30 tengah malam oleh pegawai perubatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban selepas bapa kandungnya membawa kanak-kanak malang itu ke hospital apabila ditemui tidak sedarkan diri di rumah keluarganya.

Hasil bedah siasat mendapati buah pinggang mangsa rosak, usus koyak dan tulang rusuk patah dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.

Pihak polis juga telah merampas ‘air jampi’ yang terdapat di rumah keluarga mangsa dipercayai digunakan bapa mangsa dikatakan untuk mengubati anaknya itu. Bapa mangsa mendakwa air jampi itu diperolehi dari seorang ustaz.

Bapa mangsa mendakwa anak perempuan itu degil dan tidak mendengar kata menyebabkan dia berjumpa ustaz untuk mengubati anaknya.air penawar, air jampi, air rukhyah, air di baca Alquran, perubatan islam, air tawar

Namun begitu, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, menasihati masyarakat khususnya umat Islam tidak terlampau taksub pada ‘air jampi’ atau penawar untuk mendidik anak.

Beliau berkata, memang terdapat orang yang akan berjumpa dengan ustaz untuk mendapatkan air penawar melemburkan hati seseorang. Tetapi, semuanya itu bergantung pada izin Allah SWT.

“Kebiasaannya orang akan berjumpa ustaz atau tokoh agama untuk mendapatkan air penawar sebagai ikhtiar melembutkan atau menerangkan hati seseorang.

“Hakikatnya keberkesanan air itu adalah izin Allah SWT dan janganlah pula kita terlalu bergantung kepada penggunaannya,” katanya.

Mohd Yusof berkata, ibu bapa perlulah bersabar dalam mendidik anak-anak. Perlu muhasabah diri, mungkin ada kesilapan dari diri sendiri sehingga menyebabkan mendapat ujian anak-anak bermasalah.

“Berdoa kepada Allah SWT dan bersabar menerima ujian mendidik anak. Ibu bapa juga perlu muhasabah dan memperbaiki diri kerana mungkin ada kesilapan sendiri yang menyebabkan anak-anak bermasalah,” katanya.

Walaubagaimanapun, ibu bapa tidak boleh menjadikan anak-anak yang tidak mendengar kata sebagai ‘lesen’ membolehkan ibu bapa mendera anak mereka sehingga meragut nyawa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here