“Takde Hati Perut!” Anak Meraung Panggil Daddy, Suami Lufya Langsung Tak Endah

1
57646
daddy

“Takde Hati Perut!” Anak Meraung Panggil Daddy, Suami Lufya Langsung Tak Endah | Kemelut rumah tangga yang melanda pelakon wanita, Lufya Omar dan suaminya, Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum dilihat seakan tiada penghujungnya.

Jika sebelum ini Lufya mendedahkan bahawa dirinya sudah diceraikan suami menerusi pesanan Whatsapp, namun semasa semasa prosiding mengenai kes penceraian mereka berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, suaminya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan prosiding tersebut.

Tak nak bercerai lagi

Dr. Hafiz telah menolak permohonan cerai yang dilakukan Lufya dan hal tersebut membuatkan mahkamah mengambil keputusan untuk meminta mereka melantik jawatankuasa pendamai untuk kes penceraian mereka.

Buat tak tau je anak panggil menangis2

Namun begitu, menerusi satu video yang diperoleh daripada Mstar, reaksi anak mereka iaitu Laana Haura benar-benar mengundang sebak.

Semasa keluar dari mahkamah, dilihat Haura berteriak memanggil bapanya dengan panggilan daddy. Akan tetapi,Dr. Hafiz langsung tidak mengendahkan jeritan hiba anaknya sehingga terpaksa ditarik oleh Lufya untuk masuk kedalam mahkamah.

Dr. Hafiz juga dilihat memasang bodyguard bagi mengelak diserbu oleh media dan juga orang sekeliling.

daddy

Binatang pun lari2 dekat anak tau kalau anak panggil

Momen tersebut benar-benar menyentuh hati netizen dan membuatkan mereka berang dengan tindakan tersebut. Mereka juga mendakwa Dr. Hafiz begitu ego dan tidak berhati perut apabila melihat situasi anaknya memanggil-manggil dirinya namun langsung tidak diendah.

Sehubungan dengan itu, menerusi komen di YouTube sumber, rata-rata daripada mereka terus mengecam Dr. Hafiz rentetan daripada video yang dimuat naik tersebut.

Tak ada hati perut ke dekat anak?

Giler sedih bila anak dia panggil daddy

Kesian dekat anak sikitla bro…

Sumber : Mstar Online

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here