Tak Sangka Penyebab Kereta Berbau Ialah 5 Bahagian Ni Yang Jarang Dibersihkan

1
3001
kereta berbau

Tak Sangka Penyebab Kereta Berbau Ialah 5 Bahagian Ni Yang Jarang Dibersihkan | Kereta merupakan sebuah pengangkutan yang perlu dijaga kebersihannya supaya anda boleh memandu dengan tenang sehingga sampai ke destinasi.

Maka sebelum perjalanan dimulakan, rata-rata pemandu akan membersihkan kereta dengan baik.

Namun jangan terlalu yakin kerana terdapat beberapa tempat dalam kereta yang sebenarnya ia masih lagi kotor dan tidaklah bersih seperti yang anda jangkakan. Bahagian ini merupakan punca kereta berbau meskipun anda kerap mencuci kereta:

5 Bahagian Kereta Yang Jarang Kita Jaga Kebersihannya

1. Karpet atau alas kaki kereta

Kebiasaannya kita akan vakum sahaja di bahagian ini, namun tanpa anda sedar ia masih lagi banyak kekotoran yang melekat pada karpet tersebut.

Jadi apa yang anda perlu lakukan sebenarnya adalah mencuci karpet tersebut dengan air dan keringkan karpet tersebut menghadap matahari.

Ia bertujuan untuk membuang segala sisa habuk, kotoran yang melekat pada tapak kasut dan mengotorkan serta meninggalkan bau pada karpet kereta anda.

2. Bonet kereta

Bonet kereta juga bertindak sebagai stor di mana segala barangan disimpan di bahagian ini.

Antara barangan tersebut ialah beg, alat perkakas dan kasut. Adakalanya barang-barang inilah yang mendatangkan bau yang tidak menyenangkan.

3. Siling kereta

Tahukah anda siling bumbung bahagian dalam kereta mampu menyerap bauan daripada asap rokok ataupun makanan hingga terdapat kesan tompok?

Walaupun kita jarang menyentuh bahagian ini tetapi material yang digunakan pada siling kereta boleh memerangkap bauan hingga buatkan kita rasa tidak selesa dan bila diletakkan di parkir yang panas akan menyebabkan kereta berbau bila anda masuk ke dalam kereta.

Untuk mencucinya, anda perlu bersihkan dengan berhati-hati kerana takut kelembapan yang tertinggal boleh membuatkan timbulnya kesan warna yang tidak sekata.

4. Tempat pemegang cawan

Kebiasannya bahagian ini juga kita akan vakum. Namun tahukah anda apabila memandu, kita tidak akan sedar akan berlakunya percikan atau tumpahan air di tempat tersebut.

Apa yang anda perlu lakukan ialah lapkan ruangan ini untuk membuang kesan air terutamanya air minuman yang mempunyai kandungan gula.

Sudahlah ia akan buat kereta berbau, serangga seperti lipas juga akan menghurung bahagian ini tanpa anda sedari.

kereta berbau

5. Kerusi kereta

Kerusi kereta adalah “spot” paling banyak kotoran degil berlaku iaitu di penyandar dan poket belakang dan dalam diam merupakan punca kereta berbau.

Ini kerana di bahagian penyandar akan menyerap segala bau peluh badan seseorang yang bersandar di kerusi tersebut di bahagian poket belakang pula, terlalu banyak sampah sarap yang akan diselitkan di bahagian tersebut, contohnya bungkusan makanan oleh kanak-kanak.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here