Syed Mokhtar Al-Bukhary Beli Utusan, Akhbar Bakal Beroperasi Semula

0
4921
utusan

Selepas menamatkan cetakkannya pada minggu lepas, berkemungkinan besar akhbar tertua negara, Utusan Malaysia bakal beroperasi semula.

Jutawan Malaysia beli Utusan

Hal ini berikutan satu kenyataan yang diperoleh daripada Berita Harian Singapura yang mana jutawan negara, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah membeli syarikat tersebut.

Sebagai langkah kekal relevan

Langkah yang dibuat adalah bertujuan bagi memastikan akhbar tersebut kekal dicetak seperti sedia kala. Menerusi laporan itu  juga, inisiatif yang diambil Tan Sri Syed Mokhtar adalah sebagai langkah sokongan untuk mengekalkan sektor pengiklanan dan  percetakkan akhbar tersebut terus berkembang.

Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata, Utusan Malaysia akan diteruskan oleh syarikat baru itu.utusan

“Utusan akan kekal hidup kami bubarkan syarikat induk tetapi pemilikkan lesen percetakan diperolehi oleh Aurora Mulia dan mereka akan melancarkan penerbitan baru.”

 

Aurora Mulia adalah syarikat yang dikaitkan dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Namun tidak banyak diketahui mengenai syarikat tersebut selain anak beliau iaitu Syed Danial merupakan salah seorang pengarah syarikat itu.

Terdahulu, Utusan telah memulakan pembubaran dengan memperlihatkan para pekerjanya mengemas barangan dan keluar daripada bangunan tersebut apabila pihak syarikat tidak mampu membayar hutang dan gaji pekerja selama beberapa bulan.

Sumber : Berita Harian Singapura

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here