Tidak Lagi Dibebani, Surcaj 10 Peratus Touch N Go Di Parkir Akan Dimansuhkan

0
684
touch n go

Selama ini, pengguna kad Touch N Go di kawasan parkir kenderaan selalu akan mengomel setiap kali mereka dikenakan surcaj 10 peratus ketika keluar dari bangunan.

Bayangkan kalau semakin lama kita meninggalkan kereta di parkin kenderaan maka semakin banyak lah kad Touch N Go kita di charge. Kalau yang berbaki banyak mesti tak perasan sangat nilai potongan di parkir kenderaan. Tapi yang selalu menyemak jumlah charge parkir mesti boleh naik angin juga.

Iyalah, sudahlah tempoh masa kita letakkan kenderaan sama dengan kereta sebelah tetapi kita pula yang dikenakan bayaran lebih. Nasib baik isu itu akan diselesaikan tak lama lagi.

touch n go
Gambar hiasan.

Penghapusan Surcaj Touch N Go Secara Berperingkat

Hari ini, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan iaitu Yang Berhormat Chong Chieng Jen mengumumkan kerajaan dalam proses pemansuhan surcaj tersebut secara berperingkat.

Ia tidak boleh dimansuhkan secara serta-merta kerana pihak Touch N Go dan pengendali kawasan parkir kenderaan masih terikat dengan kontrak berasaskan surcaj sedia ada. Ia masih belum berakhir, hanya setelah mereka menandatangani perjanjian baharu ia dapat dikuatkuasakan.

Ia meliputi semua kontraktor baharu ataupun kontraktor yang memperbaharui kontrak mereka. Setakat ini ada 2,880 lokasi daripada 11,168 tidak mengenakan caj tersebut dan ia adalah satu jumlah yang sedikit.

Caj 50 sen yang dikenakan untuk setiap tambah nilai pula tiada kaitan dengan Touch N Go kerana menurut mereka, ia dikutip oleh operator lokasi tempat tambah nilai tersebut.

Pada awal minggu ini, tular di media sosial apabila pengguna Touch N Go meluahkan rasa tidak puas hati dengan caj tambahan sebanyak RM0.50 yang dkenakan apabila mereka menambah nilai kad mereka.

Ia mendapat reaksi luar biasa sehingga wujud tanda pagar #mansuhtouchngo.

Sumber: BHarian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here