Jika Gagal Dapatkan Suntikan Vaksin Untuk Anak-Anak, Ibu Bapa Akan Didenda RM20,000.

0
506
suntikan vaksin

Jika Gagal Dapatkan Suntikan Vaksin Untuk Anak-Anak, Ibu Bapa Akan Didenda RM20,000. | Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita tentang seorang bayi berusia 3 bulan di Sabah yang diserang penyakit Polio. Penyakit yang telah lama ‘hilang’ selama 27 tahun di Malaysia. Puncanya ialah bayi malang tersebut tidak mendapat sebarang suntikan vaksin.

Ditambah pula dengan peningkatan jumlah penyokong anti-vaksin yang semakin meningkat mampu memburukan lagi keadaan ini.

Namun, tahukah anda bahawa kerajaan Malaysia telah menyediakan langkah berjaga-jaga bagi menangani masalah yang kian menular ini.

Mengabaikan Suntikan Vaksin Adalah Kesalahan Berat

Menurut laporan Astro Awani, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, keluarga dan masyarakat, Hannah Yeoh menyatakan bahawa pihaknya mengambil isu tidak mengvaksin anak sesuatu yang serius, terutamanya jika ia menjejaskan kesihatan mereka.

suntikan vaksin

Beliau menyatakan bahawa jika siasatan mendapati bahawa seorang anak telah diabaikan sehingga menyebabkan kematian, ibu bapa boleh didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

“Akta kanak-kanak mempunyai Fasal tentang pengabaian. Vaksinasi adalah sangat penting untuk kesihatan kanak-anak.”

Menurut seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001, mana-mana orang yang menjaga seorang kanak-kanak yang mendera, cuai, mengabaikan atau mendedahkan anak itu dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi atau membenarkan kanak-kanak tersebut didera , diabaikan, ditinggalkan atau terdedah boleh didenda sehingga RM20,000, penjara maksimum 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Awal tahun lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mencadangkan untuk mewajibkan setiap kanak-kanak di negara ini perlu mendapatkan suntikan vaksin memerangi pergerakan anti-vaksin yang semakin meningkat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here