“2013 Hingga 2018, Sumpah Hidup Aku Terseksa Dia Buat”- Kerana Menjadi Guarantor Kepada Kawan, Hidup Wanita Ini Merana

0
355

Ini adalah kisah dari seorang pengguna Facebook bernama Atiqah Miftah yang berkongsikan pengalamannya ditipu oleh rakan baiknya sendiri selepas menjadi guarantor dalam urusan membeli kereta. Seorang guarantor atau peminjam harus bersiap sedia untuk membayar loan jika tidak mahu namanya di blacklist. Jika anda tidak mahu menanggung semua itu maka janganlah bermurah hati untuk menjadi guarantor. Ikuti perkongsian yang bermanfaat ini.

Jangan terlalu percayakan kawan.
==========================

It’s my birthday month & aku rasa di penghujung 20-an ni aku dah mampu bernafas.Tak boleh tarik nafas lega lagi sebab ada hutang belum selesai. Create this post so that one day bila aku down, aku baca & sedar yang aku kuat. #KitaOk

Never put too much trust in friend’s walaupun tempoh kau kenal dia almost 10 yrs. People change & jangan mudah sangat bagi orang lain guna your details (I/C) untuk apply loan or buat bisnes. Akibat dia sangat buruk. Kalau betul bisnes, proper with agreement black & white. Dan nota tambahan, perniagaan sambung bayar kereta walaupun ada perjanjian hitam putih , tetap tak sah. Pemilik asal yang kene tanggung & sangat complicated.

Here goes my journey :

Aku kenal lelaki ni,R, since 2004, aku sekolah, dia student U. Ish mcm nak je tulis nama dia sebab dendam tu masih ada. Tapi aku dah janji dengan diri aku nak redha sebab aku percaya apa jadi ada hikmah.

2013,R approach untuk buat bisnes sewa kereta. Katanya, High Return & Low Risk & x perlu modal. R bgtau dia dah buat research pasal bisnes sewa kereta & ada sales person yang dah biasa dengan bisnes ni (boleh keluarkan kereta more than one in a time).

R suruh aku guna nama aku untuk beli kereta untuk buat sewa. Aku ada payslip so senang nak buat loan. R pulak buat bisnes sendiri, Forex dengan ayam bakar waktu tu, jadi dia xde payslip, susah nak apply katanya,.

Kenapa aku senang sangat percaya R?Aku sangat percaya pada dia coz perwatakan & credibility yang ada pada dia.1st. Waktu dia explain perancagan pasal bisnes sewa kreta, buat aku rasa teruja. Plan dia A-Z sound perfect. Lagipun dia memang ada business, Waktu tu, macam masyuk, aku tengok effort dia, buat promotion, cari orang.

2nd. Aku kene cari side income sebab nak ubah hidup. Duk KL gaji bawah 1.3k, mmg rasa nak nangis. & aku ada banyak sangat impian. Aku nak parents aku pergi umrah. Adik aku nak jadi pilot tapi exam yg dia kene amek harga berpuluh-ribu & aku nak tolong kesayangan walaupun dia jahat dengan aku, hahahaha!

Aku nekad nak buat business sewa kereta, & tanggung loan berpuluh ribu di usia muda. Aku memang tak fikir kesan & akibat. Aku fikir aku akan ada duit lebih. For few month , semuanya okay. Payment cantik. Dapatlah rasa profit hasil sewa kereta.

Aku ada kerja hakiki, sebagai kerani. R berniaga sendiri so masa dia ikut suka. Kerja aku, kalau ada org nk sewa, roger dia. So, tentang bayaran, keadaan kereta, aku memang tak ambil tau langsung, sedangkan kereta nama aku. 1st time keluar pun, aku tak pergi tengok.Aku memang percaya 100% pada R untuk uruskan bisnes.

Sehinggalah,aku dapat panggilan dari bank. Bukan satu tapi dari beberapa bank maklumkan yang kereta aku ada tunggakan. Time tu gugur jantung aku. Aku tak tau apa aku kene buat. Aku call R, dia seperti yang aku kenal, memang jenis relax. Dia kata dia akan selesaikan. Sekali lagi aku percaya. Hari berlalu, aku bulat-bulat serah pada R untuk selesaikn. Aku lupa kereta tu, loan nama aku, apa pun berlaku memang aku kene. Dan apa yang aku takutkan terjadi. R lepas tangan dengan pelbagai alasan. Kereta penyewa larikan, duit hasil sewa dia amek & kereta bebulan tertunggak.

2013 – 2018 , Sumpah hidup aku memang terseksa dia buat. Tapi benda ni jadi sebab aku sendiri bodoh percaya orang. Aku jadi trauma bila bank call, haha. Sepanjang tempoh ni, banyak pengalaman yang aku dapat. Hasil aku berkenalan dengan orang yang Allah hadirkan seketika dalam hidup aku, aku belajar dari Google, dari pihak insurance, sangat banyak. Dalam tempoh tu, aku berjanji dengan diri aku, aku tak nak kahwin.

Ada satu kereta tu aku nak jual, jadi aku kene topup beberapa ribu. Time tu nak dekat raya. Aku bagitau family aku, tak nak balik raya, sebab aku takde duit apatah lagi nak bagi duit raya. Aku segan, nak bagi alasan apa kau kerja tapi tak bagi duit raya. Aku plan nak duduk kat Kl ni, kerja. Kerja KFC pun jadi lah sebab dia bayar mahal sikit time raya. Tapi family aku pujuk suruh aku balik, pasal duit raya tak payah fikir.

Tau apa mak aku buat? Mak aku suri rumah, so orang memang tak kan harapkan dia bagi duit raya. Dia bagi duit raya bahagian dia, isi dalam sampul, waktu nak bersalam reramai, dia bagi sampul tu kat aku, suruh aku edarkan bagi kat orang . Aku malu doh sumpah aku malu.

Sebab tu aku berjanji dengan diri aku, selagi masalah kereta ni tak selesai, selagi hutang aku tak berkurangan, aku tak nak kahwin. Aku kene happykan family aku dulu & komitment aku bujang ni pun dah tinggi. Macam mana aku nak wujudkan keluarga bahagia aku sendiri. Masalah ni wujud sebab aku yang create, so aku jugak kene selesaikan. Dan sekarang tinggal sikit je lagi.

Ini cuma mukadimah kisah kau je Eqa. Aku percaya, Allah bagi aku ujian ni bersebab. Aku percaya Allah hadirkan orang tertentu dalam hidup aku cuma sementara pun bersebab. dan untuk ujian ni, aku redha. Aku rugi beribu & org lain pulak yang senang. Kalau dulu rekod CCRIS aku POOR, sekarang dah dekat tengah-tengah dah score aku, sikit lagi nak jadi GOOD dan aku dah boleh kawen! Sekarang aku nak ada orang jaga aku supaya aku jadi bertambah pandai!. Doakan urusan aku akan datang dipermudahkan . #KitaOK

So,nak hayati cerita aku, korang boleh lah sambil tu menyanyi lagu hey hey #kitaok !

#sewakereta #sambungbayar #kawanmakankawan #donttrusttoomuch #bepositif #hunnybunnylifestory

*gambar kereta yang aku jual.Panjang cerita ni. Sila fokus pada keadaan cermin kereta , abaikan manusia dalam tu. Tunggu next post.

Sumber dari Facebook Atiqah Miftah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here