Suka ‘Pau’ Duit Kawan. Bila Di Siasat Rupanya Pelajar Ini Tidak Makan Malam Kerana Tidak Mampu

0
371

Kerjaya sebagai guru ni bukan satu yang mudah seperti yang kita nampak. Apa susah jadi guru? Ajar je subjek mengikut buku, tanda kertas itu je. Lebih daripada itu je tau. Guru ni kena berhadapan dengan karenah pelajar-pelajar yang bermacam jenis. Yang malas belajar, yang suka buli, yang suka ponteng kelas, yang biadap semua ragam ada.

Macam yang dihadapi oleh Raais Mohd Azhar ini, walaupun sudah 7 tahun lebih menjadi guru rupanya ada banyak lagi yang dia tidak tahu. Bayangkan seorang pengawas sekolah selalu sangat “pau” makanan kawan dan juga ugut minta duit. Bila di siasat rupanya ada kisahnya.

“Hari ni sentap sikit sebagai seorang guru. Ada seorang murid bermasalah. Dia ni pengawas sekolah”

“Ibu datang. Susuk badan yang kurus”

“Muka kelihatan gusar. Raut wajahnya menunjukkan kesedihan”

“Kerja apa sekarang ni? Tiada kerja tetap, cikgu. Suami? Tiada. Sudah cerai 4 tahun”

“Hatiku berkecamuk. Remuk. Damn, why do I hear this sob story?”

“Rupa-rupanya adik dia tidak makan malam. Sama dengan abangnya juga”

“Walaupun sudah lebih 7 tahun menjadi cikgu, masih banyak aku perlu belajar”

Sedih pula apabila mendengar kisah ini. Benar, sebagai guru, tidak salahnya jika cuba untuk mendekati anak murid untuk mengetahui jika mereka ada sebarang masalah di rumah. Cuba untuk berikan pertolongan dan sokongan yang mereka perlukan. Murid yang bermasalah ni pasti ada puncanya dan selalunya ianya bermula dari rumah.

*Sumber: Raais Mohd Azhar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here