Buat Mereka Yang Suka Buang Sampah Merata-rata, Lelaki Ni Bagi Pengajaran Penting.

0
16131
buang sampah

Pernah tak anda tengok orang senang-senang je buang sampah merata-rata tanpa ada rasa bersalah pun? Masa itu, apa tindakan anda, hanya memandang, tegur orang itu ataupun malas nak panjang cerita terus ambil dan buang sampah di tong sampah yang berdekatan?

Percaya tak sebenarnya ramai orang yang hanya memandang dan mengkritik dalam diam sahaja bila ternampak orang buang sampah merata-rata ini. Kadang-kadang kita tahu bahawa sikap itu salah tapi sebab tidak mahu jadikan ia isu besar jadi hanya mampu ‘menggeleng kepala’ sahajalah.

Berapa Ramai Yang Berani Menegur KaKi Buang Sampah Merata Sebegini?

Jarang sekali kita dapat lihat orang yang berani menegur atau mengajar mereka yang kurang pendidikan sivik ini.

Namun, tular di laman Twitter sebuah video bagaimana seorang lelaki memberi pengajaran pedih kepada seorang individu yang membuang sampah merata-rata.

Video tersebut dikongsi oleh pengguna Twitter, Typical Malaysian menunjukkan sebuah kereta membuang sampah di atas jalan raya sewaktu terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas.

Kemudian, muncul pula seorang lelaki yang mengutip sampah tersebut dan meletakkannya di cermin depan kereta tersebut dan berlalu pergi. Kalau dilihat ia kelihatan seperti satu perbuatan yang biasa namun memberikan pengajaran yang sangat besar kepada netizen.

Setakat ini, video berdurasi 25 saat itu telah mendapat lebih 7 ribu ulang kicau dan juga hampir 6.5 ribu tanda suka.

Lihat video penuh di bawah:

Susulan itu, ramai warganet yang berpuas hati dengan cara lelaki tersebut menangani individu tersebut dan mengecam pelaku yang langsung tak sayangkan alam sekitar. Kan bagus kalau sampah tu longgok je dalam kereta sendiri sampai tahap tempat pelupusan sampah sebab dah malas sangat kan.

buang sampah

Mentaliti yang betul dalam menangani orang yang suka buang sampah keluar dari kereta nak pula time jammed memang sesuai sangat lah..

Respect sangat dengan lelaki itu! Semoga lepas ini netizen beringat-ingat sikit kalau nak campak sampah tu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here