Suami Terlalu Anak Emak, Perlukah Isteri Terasa Hati?

0
1136
anak emak

Suami Terlalu Anak Emak, Perlukah Isteri Terasa Hati? | Saya dah berkahwin selama 4 tahun dan mempunyai 3 orang anak..saya tinggal bersama mertua dan adik ipar yang dah bercerai[adik ipar lelaki] di kuantan.

LUAHAN ISTERI MEMPUNYAI SUAMI ANAK EMAK

Suami saya boleh dikatakan sebagai anak emak.tak mahu duduk umah sendiri atas alasan yang saya sendiri tak boleh nak huraikan..saya selalu dihantar pulang ke jb atas alasan kesian penat jaga anak sorang sebab mertua saya berkerja masalah saya ;

1-bila saya dihantar ke jb dan suami balik ke kuantan kami selalu berselisih paham dalam telefon atas perkara yang remeh..
2-mertua saya sering campurtangan membuatkan saya lagi serabut..hal suami dan anak2..kalo boleh semua salah saya..
3-suami saya apa2 perkara tak pernah sekali pun berbincang dengan saya…semua mak dia..baik makan pakai..semua mertua saya yang uruskan..maklumlah anak emak. siapa saya sebagai isteri?

Saya hari2 makan hati dengan perangai suami anak emak ni. Apa yang suami saya nak saya cuba lakukan tapi bila saya bagi teguran sekali pun tak pernah diterima, Bagi suami apa yang saya buat semua salah.

saya dah penat melayan karenah suami..saya tak nak perkara buruk terjadi dalam keluarga..saya sayang sangat dekat suami saya..kalo boleh berjauhan pun saya tak mahu..sampai satu tahap saya boleh pikir nak bagi ubat biar suami paham saya.
saya harap tuan dapat bagi apa yang patut saya buat dengan suami saya.anak emak

Jawapan

Wahai Menantu Makan Hati, puan sebenarnya sedang membina syurga buat suami dan dirimu. Pastikan semangat ini membakar seluruh hidupmu sebagai seorang isteri dan menantu dalam keadaan apa sekalipun. Dahulu, puan bersetuju berkahwin atas dasar saling mencintai.

Dan atas dasar cinta jugalah puan direstui oleh kedua orang tua suami. Dari manakah suami puan belajar menyayangi dan mencintai orang lain?. Jawapannya, tidak lain dan tidak bukan, pasti daripada ibunya. Puan juga menyatakan yang puan sayangkan suami. Tidak terfikirkah… puan baru menyayanginya selama 4 tahun, tetapi sedarkah bahawa ada orang yang telah menyayanginya sejak dia dilahirkan.

anak emak

gambar sekadar hiasan

Jadi, wajarkah puan tidak menyukai orang yang melahir, menyusukan dan membesarkan suami puan? Apatah lagi, insan berjasa itu kini semakin meningkat tua. Lingkungan umur yang amat memerlukan perhatiaan dan sentuhan.

Puan harus melihat ibu mertua sebagai ibu sendiri, bukan ibu suami sahaja. Ibu ini adalah syurga bagi suami puan dan suami pula adalah syurga puan. Jika bukan syurga sebagai matlamat hidup di dunia dan akhirat, maka perkara ini akan dilihat sebagai remeh temeh sahaja.

Untuk mendapat syurga di dunia dan akhirat, belajarlah melihat ibu mertua sebagai orang yang sudah berjasa dan puan sekarang berusaha membalas jasanya. Air susu ibu tidak mampu dibalas dengan apa-apa pun di dunia ini. Belajarlah memujuk hati, ikhlaskan diri dan segala yang dilakukan kerana ALLAH.

Jika puan lakukan dengan ikhlas, maka puan tidak perlu bimbang dengan apa yang dikatakan oleh ibu mertua. Belajarlah memenangi hatinya, rendahkanlah dirimu untuk rajin bertanya kepadanya akan segala kesukaan suami, makan-pakainya kerana sayang ibu kepada anaknya itu mahukan anaknya itu dilayan sepertimana ia melayani anaknya. Kasih ibu tidak boleh diputuskan. Kalau puan cintakan suami maka cintailah juga ibunya. Ibu mertua adalah ibumu jua.

Banyakkanlah berdoa untuk kebaikan semua. Sedarlah bahawa ALLAH tidak pernah zalim dan tidak pernah menginaya hamba-Nya. Mudah-mudahan puan menjadi menantu terbaik yang dijanjikan syurga kerana berbuat baik kepada suami anak emak dan pada orang tua bernama mertua. Amin.

Sumber : Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here