Suami Faezah Elai Kini Tampil Kurus. “Nak Solat Pun Siksa” Dulu Berat 121Kg.

0
10548
faezah elai

Suami kepada pelakon Faezah Elai, Heykal Hanifah yang juga seorang pengarah telah mendedahkan berat badannya dahulu pernah mencecah sehingga 121KG!

Heykal mengakui pengalaman berbadan besar sebelum ini banyak membataskan dirinya untuk bergerak aktif sama ada di lokasi penggambaran atau menjalankan aktiviti lain seperti menunaikan solat.

Faezah Elai

“Pernah berat ku mencecah 121kg..masa tu nak solat pun siksa..masa tahiyat akhir rasa mcm nak terbalik pun ada, nak aktif di lokasi pun susah yang boleh hanya duduk di kerusi pengarah dan hanya gunakan suara base aku utk beri instruction kepada crews dan actors.”

Beliau menceritakan perkara itu pada laman Instagram miliknya semalam. Malah, Heykal juga memuat naik gambar perubahannya dari berat 121KG dengan gambar yang terkini.

Ternyata perubahannya sangat mengagumkan dengan fizikal yang lebih konfiden dan kurus.

Heykal juga tidak putus-putus menyatakan syukur ke hadrat Ilahi kerana permudahkan usahanya dan doanya dimakbulkan.

Sokongan Dari Isteri Tercinta, Faezah Elai

“Bila pelbagai usaha yg dibuat menemui jalan buntu aku hanya ada satu jalan berdoa pada Allah swt agar permudahkan segala usahaku dan akhirnya segalanya dimakbulkan.terima kasih Allah..buatkanlah aku sentiasa berada di jalanMU,jalan menuju destinasi yang abadi.”

Tidak lupa juga ucapan terima kasih beliau terhadap isteri tercinta yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya.

“Terima kasih pada @ezdiet Terima kasih pada @slendefit. Terima kasih pada isteri tersayang yang banyak sangat membantuku @faezahelai LUTJ”

Sebelum ini, Faezah Elai dan Heykal telah melangsungkan perkahwinan pada September 2011.

Faezah Elai turut menjaga tiga orang anak Heykal iaitu Luqman Hakim, Sarah dan Luq Adam.

Lapan tahun bersama, mereka dianugerahkan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Dealova Heyrinna dan Aurora Heyrinna.

Tahniah sekali lagi buat Heykal dan semoga perkongsian ini memberi inspirasi kepada orang ramai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here