Sport Candy, Tak Semua Boleh Makan Sesuka Hati. Pakar Dietitian Ni Jelaskan Bahayanya!

0
2836
sport candy

Sport Candy, Tak Semua Boleh Makan Sesuka Hati. Pakar Dietitian Ni Jelaskan Bahayanya! |Selalu kita ingat, asal himalayan salt ianya tentu bagus dan baik untuk diamalkan. Namun pendedahan dari pakar dietitian ini berkaitan sejenis gula-gula ini cukup menarik perhatian.

Jom semak perkongsiannya.

Seronok je tengok orang ambil gula-gula jenis ni dan nampak viral sehingga habis kat kedai. Saya mahu beri sedikit info berkenaan ‘sport candy’ ni.

Gula-gula sport candy ini bukan diambil makan suka-suka menggantikan gula-gula biasa. Ia mempunyai kandungan sodium di dalamnya.

Kadar pengambilan garam sudah cukup banyak kita ambil secara semulajadi atau secara tambahan dalam makanan harian kita.

Sport candy bukan pilihan yang lagi baik atau lagi ‘sihat’ hanya kerana ia dari himalayan salt. Kandungan sodium nya adalah lebih kurang sama sahaja!

Siapa yang sesuai ambil gula-gula jenis Sport Candy ini?

?? Mereka yang dalam keadaan aktif berpeluh
?? Mereka yang hiking dalam jangka masa yang panjang
?? Mereka yang mempunyai kadar sodium yang rendah dalam darah

Jadi bagi mereka yang aktif bersukan tiada masalah sangat untuk mengambil gula-gula ini, mungkin ada kawan-kawan yang tak bersukan tengok macam sedap je mereka mengambilnya suka-suka.

sport candy

Kalau anda ada masalah darah tinggi, jantung atau buah pinggang jangan sesuka hati ambil sport candy ni.

Yang mengandung dan nak hilangkan loya pun kena jaga-jaga. Lebih-lebih lagi bagi yang ada pregnancy induced hypertension (PIH).

Banyak kajian telah dilakukan dan dianggarkan pengurangan sebanyak 1 gram garam boleh menurunkan tekanan darah purata sebanyak 2 mmHg, yang mana boleh menurunkan risiko strok sebanyak 10% dan penyakit jantung sebanyak 5%.

Had pengambilan sodium dalam sehari adalah 2000mg.

Saya berikan contoh kenapa kita tak perlukan lagi gula tambahan dari gula-gula jenis ini bagi orang normal:

  • Dalam makanan semulajadi kita biasanya ambil dalam 12% sodium.
  • Sodium yang ditambah dalam masakan adalah lebih kurang 5%
  • Sodium yang ditambah semasa makan lebih kurang 4%
  • Sodium yang datang dari makanan yang diproses adalah dalam 77%

Cukup dah sodium dalam makanan harian kita. Tak perlu lagi dari candy ini. Penyakit darah tinggi adalah yang paling dekat perkaitannya dengan sodium. Komplikasinya seperti pening kepala yang berterusan, sakit jantung dan masalah buah pinggang.

Elakkan sodium yang berlebihan lagi. Sudah cukup banyak. Pengambilan candy ini semata-mata mahu lebih sihat adalah mitos.

Dan saya tak pasti kenapa orang ambil ia untuk legakan sakit tekak sedangkan ia tidak mempunyai lozeng pun. Anda hanya menambah sodium dalam diet tanpa sedar.

sumber : Mohd Khairul Azuan
Dietitian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here