Solat Subuh Jemaah di Masjid, Pelajar Dapat Wang Saku RM5

0
1040
solat subuh jemaah

Masjid Saidina Umar Al-Khattab yang terletak di Bukti Damansara telah membuat satu kelainan yang menarik, dalam usaha memupuk masyarakat terutamanya golongan anak muda untuk datang ke masjid pada waktu solat subuh.

Naqib masjid, Mohammad Akmal Abdul Aziz telah mengambil inisiatif dengan memberikan wang saku kepada golongan anak muda yang hadir ke masjid pada waktu subuh.

Solat Subuh berjemaah di Masjid dapat RM5

Idea ini tercetus ketika Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid sedang mengadakan mesyuarat baru-baru ini dan program tersebut telah dijalankan pada 7 Oktober yang lalu.

RM3 diberikan untuk pelajar sekolah rendah manakala untuk pelajar sekolah menengah pula adalah sebanyak RM5.

Ternyata usaha ini membuahkan hasil apabila jumlah kehadiran jemaah semakin meningkat setelah seminggu program ini berjalan.solat

“AJK mahu menarik anak muda untuk hadir solat Subuh berjemaah di masjid. Secara tidak langsung, ia mengajak ibu bapa untuk turut serta bersama mereka. Ia satu pendekatan terbaik untuk kariah di sini.”

Menurut pentadbir masjid itu, sumber kewangan tersebut adalah daripada hasil sumbangan kariah dan korporat. Mereka juga mengalu-alukan sumbangan daripada masyarakat untuk terus melaksanakan program ini.

Matlamat program ini tidak hanya untuk memberikan wang saku kepada golongan anak muda, malah bertujuan untuk meningkatkan budaya supaya masyarakat dapat mengunjungi masjid terutamanya pada waktu solat subuh dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang menarik.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here