Segelas Bubble Tea Mengandungi 20 Sudu Gula, Nak Sangat Kencing Manis Bolehlah Minum Setiap Hari

2
2631

Satu per satu stor minuman Bubble Tea muncul dengan ciptaan minuman baharu yang kelihatan hampir sama, semuanya mempunyai bubble pada dasar botol minuman tetapi hakikatnya, pembeli mudah untuk menentukan perbezaan rasa pada kesemua minuman Bubble Tea.

Cuma apa yang tak berapa nak menarik adalah apabila Public Health mengeluarkan notis penting berkenaan kesan negatif dalam bentuk infografik, sekiranya kita terlalu obses mengambil minuman Bubble Tea.

Menurut pakar di Public Health, “segelas Brown Boba Milk (500ml) boleh mengandungi 92 gram gula iaitu TIGA KALI GANDA lebih tinggi berbanding kandungan gula di dalam 320 ml tin minuman Coca Cola.”

Bagi secawan minuman Bubble Tea pula, ia dilaporkan mengandungi kandungan gula yang jauh lebih tinggi berbanding Brown Boba Milk iaitu sebanyak 20.5 sudu kecil gula ataupun 102.5 gram gula.

Suka atau tidak, kita semua perlu mengakui bahawa pengambilan apa-apa jenis jenama minuman Bubble Tea langsung bukan pilihan sihat.

Jika diambil sekali-sekala, kemungkinan efeknya tidaklah terlalu ketara pada diet kita, namun jika sudah diambil setiap hari, you do the math.bubble tea, bahaya bubble tea

9 Fakta Tentang Bubble Tea

1. Bubble tea pertama kali muncul di Singapura pada tahun 1992

Bubble tea pertama kali diperkenalkan di Singapura pada tahun 1992. Kedai bubble tea pertama dibuka di Marina Square dan saat itu mereka lebih seperti kafe. Hanya pada tahun 2001 minuman tersebut menjadi sangat popular.

2. Dahulu bubble tea disebut boba tea

Ketika pertama kali muncul di Singapura pada tahun 1992, Bubble tea dinamakan Boba tea, dengan dua ukuran mutiara, iaitu mutiara besar dan mutiara kecil.

Istilah boba tea muncul kerana pada mulanya menggunakan mutiara kecil namun, beberapa orang lelaki memutuskan untuk membuat mutiara besar dan menyebutnya “boba”.

Sebenarnya, boba adalah bahasa pasar untuk payudara besar dalam bahasa Cina.

3. Bukan hanya digemari orang Asia, tetapi dunia

Percaya atau tidak, bubble tea kini telah menguasai dunia. Banyak bubble tea bermunculan di negara-negara bukan-Asia seperti Eropah dan Amerika Syarikat.

Yang lebih menarik adalah munculnya makanan selain minuman, seperti roti bubble tea, hot tea bubble tea dan bubble tea pizza.

4. “Gelembung” dalam bubble tea bukanlah mutiara

“Gelembung” sebenarnya adalah buih yang anda dapatkan ketika mengocok minuman. Bubble tea yang paling otentik sebenarnya dibuat dengan teh hitam atau hijau yang baru diproses, susu dan gula, kemudian dikocok bersama ais di dalam pengocok koktail.

Mengocok teh inilah yang memberikannya busa buih di atas minuman.

5. Bubble tea tidak mengandungi mutiara

Faktanya, bubble tea paling asli sebenarnya tidak mengandungi mutiara. Ini adalah kesalahfahaman ramai orang.

Itu sebabnya penjual selalu bertanya, adakah anda ingin memakai mutiara atau tidak?

6. Asal mula mutiara yang beracun

Mutiara terbuat dari tapioka, sejenis pati yang diekstrak dari tanaman ubi kayu, merupakan sumber makanan seharian, tetapi tahukah anda bahawa jika tidak ditangani dengan betul sebelum dimakan, sisa sianida mungkin tertinggal?

Mutiara adalah zat beracun yang ketika dicerna boleh menyebabkan sakit kepala, mual, muntah dan menyebabkan kelumpuhan, tetapi jangan khuatir, memasak sudah cukup untuk menghilangkan semua racun.

7. Sangat murah dan mudah dibuat

Adanya pelbagai rasa baharu dan menarik membuatjan harga bubble tea menjadi mahal. Tapi sebenarnya, bubble tea sangat mudah dan murah untuk dibuat!

Anda hanya perlu membeli bubble di supermarket, merebusnya dengan air gula, kemudian menambahkannya ke teh kegemaran anda. Cukup mudah bukan?

8. Bubble tea memiliki kalori tinggi

Meskipun memiliki rasa yang lazat, ternyata bubble tea mengandungi banyak kalori. Bahkan tanpa sebarang campuran, teh itu sendiri mengandungi gula yang tinggi dan perisa tambahan.

Selain itu, seperempat cawan bubble menambah lebih dari 100, sehingga 300 kalori.

Bubble tea juga rendah kandungan vitamin, rendah mineral, rendah serat dan hanya menyediakan sejumlah kalori kosong. Kerana itu, anda cenderung mengalami sembelit setelah meminum bubble tea.

9. Bubble tea boleh menjadi minuman sihat

Bubble tea yang dibuat secara tradisional dengan bahan-bahan buatan, teh yang tidak segar dan banyak kandungan gula yang digunakan, membuatkan persepsi umum bahawa bubble tea termasuk minuman yang tidak sihat.

Tapi, tahukah anda bahawa bubble tea juga boleh menjadi minuman sihat. Caranya, ketika membeli bubble tea, mintalah kadar gula lebih rendah, mintalah susu segar sebagai pengganti krim bukan-susu, mintalah bubble tea tanpa mutiara tapioka pekat atau susu untuk mengurangkan kalori dan terakhir mintalah pilihan topping yang lebih menyihatkan.

Semoga memberi manfaat.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here