Sebelum Membeli Cincin Ketahui Dulu Cara Mengukur Lilit Jari

0
1600

Bagi pasangan yang baru ingin mengikat perhubungan lebih serius, memang proses membeli cincin sangat penting. Senang cerita itulah komitmen pertama bagi seorang lelaki yang biasanya jarang nak pergi ke kedai emas. Setuju?

Cincin biasanya dipakai oleh perempuan pada jari manis mereka. Pernah anda lihat pengantin lelaki menyarungkan cincin di jari pengantin perempuan selain di jari manisnya? Sudah dipanggil jari manis, mestilah untuk lebih manis dengan disarungkan cincin di situ kan.

Susah kita nak lihat pasangan pengantin menyarungkan cincin di jari selain jari manis untuk cincin kahwin mereka oleh itu, adalah penting untuk bakal pengantin di luar sana mengambil berat akan cara mengukur lilit jari.

Mungkin ada yang di luar sana berpendapat untuk terus sahaja membeli di kedai, atau dengan kata lain dengan membuat ukuran terus menerus dari sana.

Tapi, bukankah lagi manis dan romantik jika anda tahu saiz ukur lilit jari pasangan anda. Bukan apa, senanglah nanti kalau anda rancang untuk surprisekan pasangan dengan hadiahkan mereka sebentuk cincin.

membeli cincin

Kalau di kedai emas, mereka mempunyai alat khas untuk mengukur saiz jari anda dan terus memberi jawapan saiz cincin supaya proses membeli cincin anda lebih mudah dan cepat untuk memilih.

Oh ya, jangan tidak tahu pula ya, kerana setiap cincin mempunyai saiz yang berbeza. Yelah, kita pun mempunyai tangan dan jari yang tidak sama. Ada yang tirus panjangnya, ada yang bulat dan sebagainya. Sebab tu kalau nak membeli cincin kena bawa tuan badan lebih mudah nak cuba sarung cincin sebelum beli.

Oleh itu dengan alatan khas (bentuknya bulat dan mempunyai cincin yang dari pelbagai saiz) yang mereka ada, anda hanya perlu masukkan cincin tersebut, yang mana bersesuaian dengan jari anda. Dengan itu, tahulah saiz cincin anda!

CARA MANUAL UKUR LILIT JARI SEBELUM MEMBELI CINCIN

Manakala bagi cara manual yang anda boleh lakukan hanya di rumah. Cara dan alatan yang anda perlukan sangatlah mudah untuk didapati.

Alatanya adalah:

  • Kertas atau Benang
  • Gunting
  • Pensil
  • Pembaris

Caranya:

membeli cincin

a. Tenangkan jari jemari anda. Gunting kertas anda lebih kurang 2cm lebar dan panjangnya pula, anggarkan sejengkal. Begitu juga benang. Gunting benang anda anggaran sejengkal.

b. Ambil kertas atau benang yang anda gunting tadi, lilitkan di jari manis anda.

Info tambahan: Ukurlah jari anda ketika siang kerana masa ini jari anda mengembang dan saiznya mungking berbeza jika anda membuat ukuran pada malam hari dan juga jangan ukur jari anda sewaktu masih basah, sebaiknya ketika kering.

c. Seterusnya, tandakan di mana kedua-dua hujung itu bertemu. Jangan terlalu ketat dan terlalu longgar. Cukup dengan keselesaan anda. Tandakan dengan pensil anda tadi

d. Setelah tandakan pertemuan kedua hujung benang mahupun kertas anda itu tadi, letakkan sebaris pembaris anda, dan ukurkan ukuran benang atau kertas anda itu tadi. Pastikan ukuran dilakukan di dalam “mm” ya!

e. Rujuklah panduan saiz cincin/ukur lilit jari. Siap!

Jadi inilah cara auto dan manual yang dapat admin kongsikan untuk anda mengukur lilit jari anda sebelum anda pergi membeli cincin.

membeli cincin

Jika ada pasangan di luar sana yang memilih untuk surprise pasangan anda, anda juga boleh guna taktik bandingkan jari anda dan pasangan. Cuma bimbang jika ukurannya tersasar sangat nanti!

Diharapkan, dengan tips ini dapatlah membantu bakal pengantin di luar sana menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa membeli cincin.

Apapun, semoga berjaya dalam mengukur lilit jari sebelum membeli cincin ya!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here