Sambil Isi Minyak Nak Pergi Kerja Korang Boleh Beli Sarapan Pagi Di Kedai Mesra PETRONAS Dengan Serendah RM3

0
602

Setiap hari pergi kerja, kita terpaksa lakukan dua tiga kerja dahulu seperti hantar anak ke sekolah, berhenti beli sarapan untuk anak-anak dan berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak, jadi bayangkan betapa sibuknya anda setiap pagi sebelum sampai ke tempat kerja untuk mencari rezeki.

Jadi, untuk memudahkan urusan pagi hari anda, pihak PETRONAS kini menawarkan kombo sarapan pagi [email protected] dengan Mesra Bites di Kedai Mesra di mana pelbagai menu sarapan pagi ditawarkan bagi anda yang sedang menuju ke tempat kerja atau pun menghantar anak ke sekolah dengan harga yang amat berpatutan.

Apa yang menarik, bagi mereka yang berpuasa, anda boleh jadikan stesen PETRONAS sebagai lokasi mencari makan untuk bersahur dan juga berbuka puasa di mana harga yang ditawarkan bermula serendah RM3 ini boleh didapati di kira-kira 450 stesen PETRONAS dan Kedai Mesra di seluruh Semenanjung Malaysia.

Terdapat beberapa variasi makanan untuk dipilih iaitu makanan berat seperti Big Bites berasakan makanan istimewa tempatan dan pilihan sama ada kopi panas, minuman tin Nescafe, atau Milo, dengan harga RM5.

Bagi mereka yang memilih sesuatu yang lebih ringan dan lebih sihat, kedua-dua menu Light Bites dan Happy Bites menawarkan pilihan mana-mana roti Mesra Bites dan minuman yang berharga RM3 termasuk kopi panas atau minuman tin Nescafe.

Manakala menu Happy Bites sesuai untuk kanak-kanak, ia menawarkan pilihan produk makanan “signature buns” PETRONAS tersendiri seperti sandwich kaya, cheese stick atau bun bilis dengan minuman coklat.

Jadi, apa yang ditawarkan oleh PETRONAS ini sudah pasti memudahkan kerja seharian anda, selain isi minyak, anda dapat membeli barangan keperluan dan turut boleh mendapatkan makanan di Kedai Mesra PETRONAS terutamanya pada bulan puasa ini kerana boleh didapati semasa sahur dan juga waktu berbuka puasa.

Kombo sarapan pagi Mornings @ Mesra baru boleh didapati di sekitar 450 Stesen PETRONAS dengan Kedai Mesra di Malaysia.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh terus ke stesen PETRONAS terdekat atau layari laman www.mymesra.com.my.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here