Dah Sampai Korea Tapi Sangkut Di Imigresen, 5 Sekawan Ditahan Dan Dihalau Balik Malaysia

0
15608
korea

Apa agaknya perasaan bila percutian yang sangat dinanti-nantikan tiba-tiba musnah hanya kerana ‘kantoi’ di bahagian Imigresen?

Sudah banyak kali juga kes kedengaran apabila rakyat Malaysia dihantar pulang kerana gagal menjawab soalan di bahagian imigresen Korea Selatan. Antara soalan wajib ditanya adalah tempat tinggal, jadual perjalanan dan lain-lain.

Boleh dikatakan dalam tempoh beberapa bulan ini memang ramai pelancong yang hampa dan berputih mata tidak dibenarkan masuk ke Korea Selatan kerana kes-kes sebegini.

Kes terbaru melibatkan lima anak muda yang dihalang memasuki negara yang popular dengan genre korean pop itu pada 6 November lalu.

Kisah tersebut dikongsi oleh pengguna Facebook, Nor Azam di laman Backpackers Buddies Malaysia. Difahamkan bahawa dia dan rakan-rakan sudah memberikan jadual perjalanan lengkap percutian mereka itu namun masih dihantar pulang.

Selain itu, Azam turut berkongsi bagaimana dia ditahan lebih lima jam oleh pegawai imigresen malah sempat merayu untuk dibenarkan masuk ke Korea Selatan namun itu semua tidak dilayan oleh pegawai bertugas.

korea

Ikuti perkongsian penuh di bawah:

“So basically ni cerita pasal macam mana aku pergi Korea balik hari lepas tu tiba-tiba ada dekat Bandung. Hahahaha…

First sekali aku nak mintak maaf kalau cara penulisan aku agak berterabur sebab ni first time aku share pasal travel experience aku kat social media. Aku malas sebenarnya nak menulis tapi ramai kawan-kawan aku suruh aku share pasal benda ni so here it is

“So nak dijadikan cerita aku dengan 4 orang kawan sekerja aku planning untuk pergi ke Korea Selatan (one year planning). Dah la cuti boss tak nak sign  tapi kita orang cuti jugak sebab ticket apa semua dah bayar. So 6 November 2019 tu flight ktorang. So macam biasa la ready apa yang patut apa semua kita orang pon fly to korea.

“Bermula la kisah pengembaraan 5 anak muda ke Korea balik hari,” tulisnya.

korea

Sebaik tiba di lapangan terbang Incheon, mereka ditahan pihak imigresen

“So sampai je ke Incheon airport tu masing-masing dah excited dah ni (benda setahun plan mahu tak excited) so kita orang beratur la mcm biasa kan.

“Sampai giliran aku je kat imigresen tu dia ambik passport aku lepas tu dia macam berbual-bual dgn kawan sebelah dia sambil tunjuk-tunjuk passport aku.

“Aku dah rasa lain macam dah. Lepas tu benda yang aku jangka sebelum ni terjadi. Dia suruh aku tunggu kat tepi sambil dia kumpul semua kawan-kawan aku yang lain lepas tu kita orang dibawa ke bilik kuarantin aka bilik termenung.

“Untuk pengetahuan korang, semua benda aku dah standby untuk benda ni. Semua dah print and aku compile untuk setiap sorang. Tiket balik, jadual perjalanan lengkap 7 hari, segala booking yang aku buat untuk theme park, nami island jadah semua, booking hotel, confirmation letter company.

“Semua benda alah ni aku dah print siap bagi setiap sorang and aku dah suruh semua kawan aku study itinerary tu,” tulisnya.

korea

Saat disoal siasat di bilik tahanan.

So sesi soal siasat pon bermula. Aku buat relax jela jawab jela apa dia tanya (aku tak tau la kawan-kawan aku jawab macam mana) tapi aku jawab mana aku boleh jawab.

“Pasal dia pon bukan tahu cakap english, dia pakai translator kau kena cakap dekat phone bongok dia tu lepas tu orang tu translate kan. So aku tak rasa bende tu 100% efisyen. Tapi nak buat mcmana kan negara diorg. Aku pon jawab segala soalan pasal kerja, status aku, pasal company aku kerja dan juga segala itenerary aku sepanjang kat sana.

“Dipendekkan cerita, selepas sesi soal jawab selama lebih kurang 2 jam dia pun keluarkan satu surat dia suruh aku tandatangan tapi aku tak nak tandatangan (surat tak dibenarkan masuk korea).

“Aku ckp dgn dia tak boleh ke aku nak buat rayuan ke apa ke. Dia cakap tunggu dulu dalam bilik termenung tu. Aku pun tunggu dan tunggu dan tunggu sambil termenung dalam kelaparan,” tulisnya.

korea

Antara ‘mangsa’ lain yang dihantar pulang ke negara masing-masing. Selama lima jam ditahan, mereka dilayan seperti banduan di dalam tahanan

“Lima jam berlalu, aku kawan-kawan aku dan bersama beberapa lagi tahanan kena escort ke satu lagi bilik menunggu. Dah macam banduan aku rasa sebab kena beratur 3-3. Terkeluar dari barisan je kena marah weh!

“Dari aku kena tahan tadi sampai lah sekarang ni aku dengan member-member aku tiada dapat air ke apa ke bapak lapar weh. Last makan dalam flight je.

“Dekat bilik termenung lagi skali ni basically tengah tunggu masa balik je so kita orang pun redha jela. Tapi ktorg sebenarnya tak diberitahu pun apa sebab kita orang tak lepas masuk, bila kita orang akan balik apa semua kita orang macam TERGANTUNG SEPI je kat situ.

“Hisap rokok pon tak boleh lama-lama kene jerit dengan diorang. Babi sungguh layanan diorang. Lagi sejam gitu sebelum flight kita orang baru dia orang bagi kita orang roti dengan air satu. Tu je…

“So aku pun tanya dengan salah sorang sekuriti kat situ yang macam okay sikit boleh tak tengok kan kat white board tu kita orang balik pukul berapa.

So dia cakap kita orang akan balik 11.30pm malam tu. Sedap sikit hati ni sebab dapat balik. Aku dah tak fikir apa dah aku cuma fikir nak balik je tinggalkan tempat ni. Hahahahaha. Sorry not sorry,” tulisnya.

korea

Selama lebih 5 jam ditahan, hanya ini yang diberikan untuk mengalas perut

Dari Korea Balik Hari, Kami Terbang Ke Bandung

Dia kemudiannya berasa kasihan dengan rakan-rakan lain kerana hajat bercuti tidak kesampaian. Oleh itu, dia terus membuat perancangan baru.

“Nak dijadikan cerita lagi aku pun terasa la kesian kat kawan-kawan aku. Pasal ada tiga orang first time travel ke luar negara kena macam ni. So aku tanya dia orang berapa duit dia orang ada, buat kira-kira masa itu juga and aku decide untuk bawak dia orang pergi Bandung.

“Sebab Bandung ni dah macam kampung aku tiap-tiap tahun aku pergi. Aku pun call la contact aku kat bandung suruh tolong book kan apa yg patut, yelah benda betul-betul last minit. Dia pon setuju nak tolong semua Alhamdulillah. Terima kasih mas bam nolongin aku.

“Sampai KLIA2 pukul 5 pagi. Keluar pergi sarapan tunggu money changer buka semua park kereta kat salak tinggi terus balik KLIA2 semua naik flight ke Jakarta pukul 2.30pm and habiskan semua cuti and duit kitorang kat bandung.

“Jadi itu lah cerita macam mana aku dgn kawan-kawan aku pergi Korea balik hari dan terus ke bandung untuk menghiburkan hati yang lara,” tulisnya.

“Sebelum aku akhiri tulisan aku ni aku nak pesan pada semua org yg nak ke Korea pastikan semua standby cukup-cukup, study betul-betul tapi macam aku semua cukup masih tak lepas.

“Anggap jelaa benda ni bukan rezeki. Rezeki aku dengan kawan-kawan aku kat bandung disamping awek-awek bandung yang cun. SEKIAN.

“KERUGIAN KOREA TRIP : +/- RM2K/person. Perbelanjaan Bandung : +/- RM850/person (Flight, hotel, supir),” kongsinya.

Azam (tengah) bersama rakan.

Semoga perkongsian lelaki ini dapat dijadikan pengajaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here