Rimas Dengar Bayi Menangis Dalam Bas, Netizen Minta Lelaki Ini Beli Kereta Sendiri

0
277

Setiap kali menaiki pengangkutan awam, mesti kita akan jumpa dengan macam-macam perangai dan ragam orang sekeliling.

Baru-baru ini seorang lelaki dikenali sebagai Shamirul Nazrin memuat naik video meluahkan rasa tidak puas hati dia dengan seorang ibu yang membiarkan anaknya menangis dalam bas sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur hingga ke Johor.

Shamirul Nazrin

Mendapat pelbagai respon dari netizen, ada yang menyokong Shamirul, katanya ibu tersebut tak bertanggungjawab kerana sibuk bermain telefon.

Namun kebanyakannya menghentam Shamirul dengan mengatakan lelaki tersebut tidak layak naik pengangkutan awam.

Kata mereka,kalau tidak tahan dengan perkara sebegini beli sahaja kereta sendiri. Tenang dan tak dikacau oleh sesiapa pun.

Semua orang punya pendapat sendiri, mungkin Shamirul ini memang dah penat menahan sabar agaknya. Ada yang pernah alami situasi ini?

Sumber: CARI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here