Tukang Masak Paling Ikhlas. Resepi terakhir ‘Grandpa Kitchen’ Ditonton Lebih 400 Ribu Kali

2
6870

Tiada lagi video masakan dan perkongsian resepi daripada Youtuber terkenal Grandpa Kitchen, Narayana Reddy, 73, setelah dimaklumkan meninggal dunia pada 27 Oktober lalu.

Terkenal dengan sikap yang pemurah, slogan “Loving, caring, sharing. This is my family…” yang selalu disebutnya sebelum memulakan video terus terpahat di hati para pengikutnya.

Resipi terakhir Grandpa…

Justeru itu, video yang dimuatnaik pada 20 September lalu adalah resepi yang terakhir dimasak oleh Grandpa, sebelum dikhabarkan kesihatannya sudah mula merosot.

Masakan terakhirnya adalah jejari kentang rangup bersama tiga orang pembantu, untuk dihidangkan kepada anak-anak yatim di kampungnya.

Video Grandpa Kitchen Mendapat 400 ribu tontonan…

Video tersebut telah mendapat lebih 400 ribu tontonan di Youtube, rata-rata para pengikut masih lagi bersedih dengan pemergian Grandpa dan mengharapkan agar kerja-kerja murninya diteruskan.

grandpa kitchen

Tangan uzur ini telah memasak pelbagai jenis aneka makanan, bukan hanya untuk dirinya tapi untuk dikongsikan bersama insan lain yang memerlukan. Kami pasti akan rindukan Grandpa

Sumber : Grandpa kitchen

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here