Remaja Autisme Hadiah Tanjak Dijahit Sendiri Untuk Agong & Permaisuri Teruja!

0
2535
tanjak

Bukan mudah untuk membuat tanjak dengan cantik, kemas dan sempurna tanpa ‘merosakkan’ sebarang warisan seni orang Melayu itu.

Bagi Daniel Hakimi yang menghidap autisme, ia bukan penghalang untuk remaja berusia 14 tahun tersebut bagi menghasilkan tanjak dalam masa 10 hingga 15 minit.

Lebih bermakna apabila Ikon Autistik Pahang itu menghadiahkan tanjak kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

BAKAT MENGHASILKAN TANJAK

Menerusi laman Instagram ibunya, Norulhuda Daud berkongsi perkara tersebut ketika menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja bersempena sambutan Hari Keputeraan rasmi Seri Paduka pada 9 September lalu.

“Agong & Raja Permaisuri Agong melihat sendiri demo hasil tangan abang Mi (nama panggilan) yang dibuat ketika majlis. 

“Tuanku berkenan nak pakai terus tadi yang dibuat tu tapi tak boleh sarung lagi sebab masih ada jarum terpasang,” katanya.

tanjak

Walaupun perkembangan remaja autisme itu agak lambat berbanding rakan sebayanya yang lain, namun bakat Hakimi ternyata luar biasa hebat.

Seronok dapat gambar bersama Agong & Permaisuri!

Sumber : Norulhuda Daud , Istana Negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here