Terlalu Sunyi, Ramai Anak Call Talian Nur Untuk Berbual, Rekod 194 Budak Buat Call Untuk Mengadu.

0
1475
talian nur

Terlalu Sunyi, Ramai Anak Call Talian Nur Untuk Berbual, Rekod 194 Budak Buat Call Untuk Mengadu. | Antara percaya dengan tidak, namun ini lah hakikatnya, ramai kanak-kanak di Malaysia berasa kesunyian kerana tiada siapa yang berada di samping mereka untuk berinteraksi.

talian nur kasihPendedahan dibuat oleh Kementerian Pembangunan  Wanita, Keluarga dan Masyarakat bahawa seramai 194 kanak-kanak membuat panggilan ke Talian Kasih 15999 mengadu mereka kesunyian.

talian kasihAngka berkenaan merangkumi 56% daripada 264 panggilan dari tahun 2015 hingga September 2019 seperti dipetik Astro Awani.

Hal ini sudah jelas memaparkan kerapuhan institusi kekeluargaan kita. Dengan ibu bapa yang sibuk mencari rezeki dan pulang lewat, kemudiannya penat untuk melayan anak-anak adalah bibit-bibit keruntuhan moral dan emosi mereka.

Talian Nur Kasih Tempat Kanak-Kanak Menepis Kesunyian

Rata-rata warganet bersetuju dengan impak kesunyian kanak-kanak ini. Jika ia dibiarkan, mungkin membawa kepada kemurungan seterusnya tidak mustahil kecenderungan melakukan jenayah.

Ini mungkin cara alternatif untuk anak meluahkan perasaan mereka selain daripada mengadu kepada rakan-rakan baik. Mungkinkah sudah sampai masanya kerajaan perlukan sistem sokongan talian nur kasih yang sama untuk kanak-kanak bawah umur yang memerlukan perhatian sebegini.
krisis sosial

keluarga sosialNamun, untuk menyalahkan ibu bapa sepenuhnya juga tidak wajar kerana tuntutan ekonomi yang memerlukan kedua-duanya bekerja. Malahan ada yang membuat kerja lebih masa semata-mata untuk menampung keluarga.put blameSaranan Kementerian adalah pastikan anak-anak ada aktiviti sihat, awasi penggunaan gajet dan berkomunikasi. Manakala idea liberal pula ialah jangan beranak jika anda tidak mampu memberi kemudahan kepada anak-anak.

Apa saranan anda pula?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here