Puas Bertumbuk Dekat Tol, Kini Jadi Kawan Lepas Teruk Kena ‘Leter’ Dekat Mahkamah

0
2070
tol

Selepas isu bergaduh di tol tempoh hari, dua orang lelaki yang didakwa bertumbuk di hadapan tol telah pun berdamai dan menjadi teman.

Perkhabaran tersebut telah diberitahu sendiri oleh  Mohamad Fazrien Mohd Ziear, 29 yang memuat naik kenyataan tersebut di media sosialnya selepas kes mereka selesai apabila mahkamah mengenakan hukuman sehari penjara dan perlu membayar RM1,000 setiap seorang.tol

Pembelajaran hidup mula dengan kesilapan

tol

BACA JUGA: Bagaimana Berniaga Di Shopee Dengan Betul Sehingga Menjana Sale 4
Angka Seminggu!

tol

Kami sudah puas bergaduh di tol

Fazrien dan Ng Whye Hong, 39 yang sudah pun menjalani hukuman tempoh hari mengakui sudah puas bergaduh sesama sendiri dan telah berbual antara satu sama lain ketika dalam tahanan serta semasa dibawa ke mahkamah.

tol

Dah berbaik dah

Fazrien juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu dalam kes ini baik dari segi kewangan ataupun sokongan.

Dia juga menegaskan setiap apa yang berlaku biarlah menjadi rekod peribadi mereka sendiri tanpa ada campur tangan orang luar.

Peristiwa yang berlaku telah memberi pengajaran kepadanya dan memberi kesedaran kepada mereka berdua. Fazrien turut menyeru agar kita sama-sama hidup dalam muafakat dan bertolerasi kepada sesiapa pun tanpa mengira agama dan bangsa.

tol

Baguslah macam ni

Sehubungan dengan itu, rata-rata pengguna Facebook telah memuji tindakan yang dibuat oleh lelaki itu yang lebih positif walaupun sebelum ini mereka bergaduh sesama sendiri sehingga mendatangkan kecederaan.

Mereka juga turut menasihati Fazrien agar tidak mengulangi kesilapan sama seperti yang pernah terjadi.

Terbaik bang, tindakan terpuji

Ramai nak tahu kisah 9 jam tu

Sumber : Fazrien Yin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here