“Ala Bi, Pilihkanlah. Kahwin Nanti Bi Senang. Dah Tahu Sayang Guna Jenis Mana…”

0
133

Sejak akhir-akhir ini, gejala sosial dalam kalangan remaja semakin sukar untuk dikawal. Ada sahaja salah laku yang dilihat di depan mata, yang dikongsi dalam media sosial, media massa dan juga media elektronik. Masalah remaja bukanlah masalah biasa yang kita hanya boleh memandang tanpa melakukan apa-apa tindakan kerana remaja masa kini merupakan tonggak harapan negara pada masa akan datang. Jika sekarang pun ramai remaja yang sudah rosak akhlaknya, bagaimana agaknya keadaan masa depan Negara kita.

Cerita yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Syahr Musafir ini adalah salah satu daripada gejala sosial yang berlaku di depan matanya sendiri. Remaja yang dilihatnya itu seakan-akan sudah hilang sifat malu dan terang-terangan menunjukkan aksi mesra ketika bersama pasangannya yang mana mereka belum lagi berkahwin.

Mereka juga bagaikan tidak kisah tanggapan masyarakat yang memandang perbuatan mereka.

Kalau manja lebih-lebih dan mengalahkan laki bini, memang dah boleh agak. Mesti belum kahwin.

Orang perempuan janganlah jual murah sangat harga diri tu. Senang-senang bagi orang lelaki sentuh dan tahu hal sulit perempuan.

Ramai netizen yang bersetuju dengan lelaki ini yang berani menegur kelakuan tidak elok dan menyalahi hukum agama itu. Salah satu sebab remaja sekarang semakin berani bertindak sedemikian kerana tidak ramai yang berani untuk menegur malah hanya membiarkan sahaja.

Netizen juga geram dengan kelakuan remaja tersebut kerana mereka tidak menjaga pergaulan dan batasan. Netizen juga melahirkan rasa takut dan risau jika anak-anak mereka turut terlibat dengan kelakuan yang tidak senonoh sebegitu.

Jadi, kalau nampak remaja berlakuan tidak senonoh atau mesra terlampau mengalahkan suami isteri tu, tegurlah perbuatan mereka. Risau juga suatu hari nanti, perkara sebegitu akan menjadi sesuatu yang normal dalam masyarakat kerana tiada orang yang berani untuk menegur perkara yang salah. Sesiapa yang ada anak tu, didiklah anak-anak sebaiknya agar kenal dosa dan pahala.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here