Membantu Itu Mulia Tapi Jangan Sampai Memalukan Budak-Budak Pihak Masjid Terkilan Isu Viral 7 Beradik Ditinggalkan Ibu Bapa

0
326

Dibulan yang mulia ini, kita sebagai umat Islam harus sensitif terutamanya jika perkara melibatkan membuka aib atau memberikan komen-komen negatif melalui media sosial.

Sekalipun niat itu dirasakan betul untuk membantu atau memberi kesedaran orang awam terhadap apa yang ingin disampaikan, tetapi kaedah serta cara harus betul. Tanpa kita sedar, perbuatan baik kita mungkin mencalarkan hati sesetengah pihak.

Hal ini berkaitan dengan satu status Facebook yang telah dimuatnaik oleh seorang individu yang bertujuan untuk memberitahu orang ramai agar turut sama membantu 7 beradik yang ditinggalkan kedua ibu bapa mereka ini.

Pun begitu, hal ini mendapat perhatian pihak pengurusan Masjid Al Muhsinin yang berpendapat bahawa tindakan itu tidak wajar kerana secara tidak lansung ia mengundang aib ahli keluarga kanak-kanak tersebut.

Ikuti perkongsian daripada pihak masjid seperti dibawah, semoga bermanfaat kepada kita semua.

Isu viral anak-anak ditinggalkan mak di Kampung Raja.

Pihak pengurusan Masjid Al-Muhsinin, Kampung Raja amat terkilan dengan tindakan individu dan ngo’s yang berniat baik untuk membantu tetapi TIDAK berlandaskan kaedah yang betul.

Membantu sangat-sangat dialukan tambahan pula di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, tetapi mengapa menimbulkan aib ahli keluarganya. Anak-anak ini masih mempunyai mak ayah serta saudara mara terdekat. Mengapa tidak dicari ahli keluarganya kemudian menyumbangkan atau dipanjangkan secara beradap melalui dermawan, agensi / jabatan kerajaan dan ngo’s tertentu.

Kini anak-anak viral yang semakin membesar dan ahli keluarga merasa malu bila ditanya kawan-kawan mengapa ibu mereka lari meninggalkan mereka ? malah dipersoalkan apa sebenarnya punca mereka ditinggalkan ?

Apa perasaan ahli keluarga terdekat bila aib mereka dipaparkan kepada umum ? Maruah ahli keluarga mereka tercalar dengan kaedah yang tidak berhati-hati untuk muncul menjadi ‘hero yang didendangkan.’

Tanggapan masyarakat bukan hanya dalam kariah Kampung Raja malah seluruh Malaysia membayangkan pengurusan masjid tidak sensitif dan mempedulikan langsung hal kebajikan anak kariah kebetulan keluarga ini tinggal bersebelahan masjid sahaja.

Pihak ngo’s dan invividu tertentu mengambil tindakan TANPA merujuk dan bertanya terlebih dahulu duduk perkara sebenar latarbelakang keluarga ini melalui pihak masjid.

Pihak masjid telah mengesan kes ini sejak awal 2017 lagi dengan memberi bantuan sekadar termampu tanpa menyentuh sensitiviti dan maruah keluarga tersebut memandangkan anak-anak ini masih mmpunyai bapa atau ketua keluarga.

Tindakan memasuki rumah dengan menyelungkar serta mengambil gambar tanpa keizinan ketua keluarga amat dikesali .

Dipohon seluruh anak kariah faham isu sebenar dan diharap sama-sama dapat memperbetulkan keadaan dan melindungi hak-hak keluarga ini.

Sekian

Sumber: Masjid Al-Muhsinin, Kampung Raja

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here