Permit Bazar Aidilfitri KL 2020 Boleh Dipohon Mulai Hujung Bulan Ini

0
1310
bazar

Bermula 25 November ini sehingga 8 Disember depan, para peniaga boleh membuat permohonan permit sementara Bazar Aidilfitri Jalan Raja bagi tahun depan.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL), Khairul Azmir Ahmad, menjelaskan bahawa permohonan terbuka kepada warganegara berumur 18 tahun ke atas.

Menurutnya, pemohon haruslah mempunyai lesen penjaja DBKL yang masih sah pada tarikh permohonan dibuat dan hanya boleh dilakukan secara dalam talian.

bazaar ramadhan

Syarat Permohonan Bazar Aidilfitri Kuala Lumpur Tahun 2020

“Hanya pemohon beragama Islam dan mempunyai akaun bank yang aktif sahaja dibenarkan membuat permohonan,” ujarnya.

“Pemohon juga perlu melampirkan salinan kad pengenalan, gambar berukuran pasport berlatar belakang biru gelap, salinan buku akaun atau slip penyata akaun yang disahkan pihak bank,” jelasnya.

“Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 0320282537 / 2538 / 2541 / 2621 atau melayari laman sesawang elesen.dbkl.gov.my/ebazar,” tambahnya.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here