Permaisuri Agong Kagum Bakat Anak Autisme Lukis Secara Terbalik

0
1373
autisme

Anak-anak autisme walau berbeza daripada kanak-kanak biasa, mereka tetap memiliki kelebihan tertentu yang boleh dikatakan luar biasa.

Tidak dapat tidak, kebanyakan mereka dikesan mempunyai kelebihan dari dalam bidang kesenian, seperti menyanyi dan melukis.

Perkara itu terbukti apabila seorang anak kelahiran Kedah kelmarin menghasilkan potret wajah Permaisuri Agong dengan cukup sempurna, malah lakaran tersebut dihasilkannya secara terbalik.

Memuat foto tersebut di Twitter, Tunku Azizah Aminah Maimunah melahirkan rasa kagum atas kebolehan seorang pengidap penyakit tersebut.

Bakat Seni Pada Anak Autisme

autisme

“Anak dari Kedah ini menghidap autisme tetapi Allah mengurniakannya dengan bakat seni,” tulisnya.

Tidak menyebut nama individu berkenaan, berdasarkan gambar yang dimuat, lukisan kelihatan cukup halus dan betul-betul menyerupai wajah baginda. Hantaran yang dikongsi hampir 10,000 pengguna yang rata-ratanya memuji karya berkenaan.

Nasibah Daud: Salut kepada ibu bapa yang ada anak autisme. Tidak mudah menguruskan mereka tapi bila mereka menyedari bakat luar biasa dimiliki, ia adalah anugerah dari Tuhan.

Sherry Cang: Tegak bulu roma tengok macam mana dia lukis.

Daus 696: Masyaallah. Setiap kekurangan pasti ada kelebihan. Semoga pelukis ini dimurahkan rezeki.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here