Perlekeh Pekerjaan Bancuh Simen, Ini Gaji Sebenar Pekerja Indonesia Setiap Hari

0
8420
bancuh simen

Perlekeh Pekerjaan Bancuh Simen, Ini Gaji Sebenar Pekerja Indonesia Setiap Hari | Sedia maklum, perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Indonesia telah berlangsung baru-baru ini untuk menentukan pasukan mana yang layak sertai piala dunia. Malah, Malaysia telah menang dan mengutip mata penuh ketika perlawanan tersebut.

Berikutan itu, pelbagai reaksi yang dapat dilihat dimana ada yang tidak berpuas hati dan ada juga yang membahan pasukan lawan yang kalah. Terbaharu, kecoh di media sosial apabila ada yang membahan pihak Indonesia untuk hanya menyertai acara sukan membancuh simen.

Pekerjaan Bancuh Simen Jangan Pandang Sebelah Mata!

Oleh sebab statement membahan yang dirasakan seperti ‘menghina’ pekerjaan sebagai seorang buruh kasar, seorang pengguna Twitter tampil mengatakan bahawa gaji buruh jauh lebih banyak.

Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat gaji sebulan seorang buruh kasar warga Indonesia yang membancuh simen adalah sebanyak RM2,240. Ini menunjukkan bahawa gaji setiap hari adalah RM80. Mereka yang tidak mempunyai latar belakang dalam pendidikan mampu mendapat gaji yang lumayan.

bancuh simen

Justeru itu, rata-rata netizen juga bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pengguna tersebut. Malah, ada juga yang mengatakan bahawa pekerja di kilang juga bergaji sehingga RM3 ribu sebulan.

bancuh simen

Kita dapat lihat bahawa gaji yang diterima oleh buruh kasar agak tinggi. Kebanyakan buruh kasar dibayar tinggi kerana kerja mereka yang berisiko tinggi dan memenatkan.

Adakah ada rakyat Malaysia yang berminat untuk bekerja buruh? Apakah pandangan anda mengenai budaya membahan ini?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here