Perginya ‘Iman’ Spesis Badak Sumbu Sumatera Terakhir di Malaysia

0
1941
badak sumbu

Selepas menderita agak lama, badak sumbu Sumatera yang hanya tinggal seekor sahaja di Malaysia akhirnya mati kira-kira 5.35 petang tadi.

Diberi nama Iman, badak sumbu tersebut kelihatan semakin lemah selepas kondisinya semakin teruk.

badak sumbu

Tidak sangka begitu cepat ia pergi

Menerusi Harian Metro, Iman telah disahkan mati secara semulajadi dan proses tersebut begitu cepat serta tidak disangka-sangka.

Sebelum ini, kisah mamalia betina tersebut pernah dilaporkan kerana berada dalam keadaan kritikal beberapa tahun lepas akibat kehilangan banyak darah kerana menghidapi ketumbuhan.

Badak Sumbu ( Iman ) semakin tertekan lepas sakit kronik

Iman telah diberi penjagaan rapi sejak Mac 2014 sehingga pulih daripada penyakit yang dihidapi.

Menuru Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, mereka sudah menjangkakan perihal tersebut namun tidak menjangkakan  akan secepat ini.

“Kami sedar Iman mula mengalami kesakitan akibat tekanan semakin bertambah pada tumor di pundi kencingnya,”

Sehubungan dengan itu, berakhirlah spises badak sumbu Sumatera ini di Malaysia. Perkara itu berlaku kerana Iman merupakan spesis terakhir mamalia tersebut di negara ini dan tiada baka yang dapat dibiakkan.

Sumber : Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here