Penjaga Gol Tunisia Pura Pura Cedera Ketika Perlawanan Untuk Beri Peluang Pasukannya Berbuka Puasa

0
322

Tular gambar Mouez Hassen, penjaga gol Tunisia baru-baru ini apabila dia ‘cedera’ hanya kerana mahu memberi masa untuk rakan-rakannya yang lain berbuka puasa.

Kejadian itu berlaku ketika perlawanan persahabatan iaitu menentang Portugal dan juga perlawan menentang Turki yang berlangsung di Rusia. Mouez tiba-tiba merebahkan badannya diawal separuh masa kedua untuk menarik perhatian pengadil sementara pegawai perubatan datang untuk memberikan ‘bantuan’ kepadanya.

Dalam kejadian yang berlaku pada minit ke-58 dengan masa beberapa minit ditangguhkan, pemain-pemain lain berjaya ‘mencuri’ masa tersebut untuk lari ke tepi padang dan berbuka puasa dengan kurma dan air.

Selepas 6 minit berbuka puasa, Tunisia berjaya menyamakan kedudukan jaringan 2-2 sehingga perlawanan tamat.

Tambah menarik, apabila Mouez sekali lagi melakukan perkara yang sama 4 hari kemudian ketika menentang Afrika Utara. Kejadian berlaku pada minit ke 49 dan perlawanan turut seri dengan 2-2 jaringan.

Perlawanan yang jatuh pada bulan Ramadhan itu akhirnya membawa tuah kepada pasukan Tunisia setelah layak ke kejohonan Piala Dunia 2018 selepas menjuarai kumpulan A kelayakan zon Afrika. Mereka bakal beraksi di kumpulan G bersama Belgium, England dan Panama bermula 18 Jun 2018 nanti.

Sumber: Souhail Khmira

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here