Chef Wan Dedah Penipuan dan Bahaya Air Dr Sukida

0
3937

Assalamualaikum

Aku nak share tentang beberapa jenis test yang peniaga penapis air buat sebagai demonstrasi penapis air mereka. Tujuan demo biasanya adalah untuk tunjuk keberkesanan penapis atau tunjukkan kualiti air. Ada yang boleh dijadikan panduan dan ada yang mengelirukan.

Test yang aku biasa buat adalah chlorine test. Test ni sangat simple. Dan tujuannya adalah untuk menguji sejauh mana keberkesanan penapis air tu untuk tapis klorin. Senang kata test ni paling basic. Dalam masa yang sama boleh tau bau akan hilang ke tidak. Cara ujinya. Masukkan klorox bleach ke dalam air. (klorin tak dijual ye. So kita gunakan klorox bleach yang mengandungi sikit kandungan klorin sebagai pengganti). Nak tau betul ke tidak ada klorin dalam air tu, titiskan beberapa titis chlorine tester (boleh dapat kat kedai aquarium. Biasanya botol warna kuning)

Kalau ada klorin, air akan bertukar jadi warna kuning bila dititiskan dengan klorin tester.

Kemudian, air tu kita tapis dengan penapis air (demo set lah ye). Lepas ditapis. Air tu sepatutnya keluar jernih la kan. Titiskan chlorine tester sekali lagi untuk pastikan bahawa tiada klorin dalam air tu. Kalau tak ada klorin, air akan kekal jernih. Kalau ada klorin, akan tukar jadi warna kuning.

Satu lagi test yang lebih mudah tapi kejam. Aku belum sanggup nak buat. Masukkan klorox bleach dalam air. Masukkan anak ikan dalam air tu. Dalam masa 30 saat ke seminit. Ikan tu menggelepar lalu mati. Ye mati kawan kawan sekelian. Kemudian air tersebut diambil dan ditapis dengan penapis air (demo set). Lepas tapis, masukkan seekor lagi ikan yang hidup. Kalau ikan berenang dengan riang gembira. Maksudnya air tersebut bebas klorin. Mesejnya adalah. Manusia pun boleh jadi macam ikan tu kalau minum air berklorin. Cuma ambik masa lah. So kalau taknak jadi macam ikan tu, sila gunakan penapis air ?

Ada test guna pewarna makanan. Kita andaikan pewarna makanan tu adalah partikel bahan cemar dalam air. Bila ditapis. Air akan keluar jernih. Nak best. Gunakan air coca cola. Bila keluar. Air warna jernih tapi masin sikit. Sebab masin tu adalah garam galian. Gula dan pewarna ditapis. Tapi garam galian ni tak dikira bahan cemar. So lepas. Mesejnya adalah. Galian baik untuk badan macam kalsium, magnesium akan lepas melalui penapis air ni, tapi bahan cemar ditapis. Bagaimana pun, ujian ni cuma ujian basic ia tak jugak menjamin apa dan berapa jenis bahan cemar yang ditapis. So, still penting untuk dapatkan senarai penuh bahan cemar yang ditapis. Kalau boleh yang diiktiraf oleh NSF.

Dua ni yang aku biasa gunakan.

Yang aku tengok peniaga penapis air selalu guna untuk demonstrasi bagi purified water treatment sistem atau sistem RO adalah TDS test dan elektrolisis.

Aku cuba terangkan satu persatu ok.

TDS bermaksud total dissolve solid. Ujian TDS ni digunakan untuk menguji kadar bahan pejal (solids) yang wujud dalam air menggunakan TDS meter. Walau pun ada pendapat mengatakan bahawa kadar TDS yang tinggi menunjukkan juga kadar pencemaran yang tinggi (banyak mendapan bahan pejal). Banyak pihak tak setuju kerana ia bukan satu petunjuk yang boleh dipercayai untuk menunjukkan kualiti atau kadar pencemaran dalam air tersebut.

TDS test terhadapat air RO menunjukkan bacaan 50parts per million atau kurang. Bahan utama (solid) dalam air adalah kalsium dan magnesium. Sebagaimana yang kita semua tahu, dua bahan ni adalah mineral yang penting untuk tubuh dan bukanlah sejenis bahan cemar. Bahan mineral dalam air mineral yang dibotolkan seperti spritzer atau evian adalah lebih tinggi daripada air paip. Adakah air botol spritzer atau evian lebih tercemar dari air paip? Tidak. Ia mengandungi banyak mineral baik. Sebab tu nilai TDS jadi tinggi. Obviously air RO tak ada garam galian dan apa apa pun. So dah tentulah bacaannya sikit.

Dan, untuk pengetahuan semua, TDS meter tak detect klorin. TDS meter cuma detect bahan enapan yang mempunyai impact pada conductivity air. Oleh itu. Kalau kita masuk garam dalam air (garam menambah conductivity air), bacaan TDS akan bertambah. Tapi garam bukan bahan cemar kan? At least tak la secemar klorin ?

Jadi kalau penjual penapis air menggunakan ujian ni nak menunjukkan kualiti air ianya adalah mengelirukan dan adalah tidak beretika. Ianya sangat misleading.

Aku tau panjang gila dah.. Tapi nak sambung sikit pasal electrolysis test pulak.

Electrolysis test adalah satu lagi ujian yang digunakan oleh penjual penapis air RO.

 Lebih kurang macam ni lah rupanya. Ni ala ala eksperimen yang kita buat masa sekolah menengah dulu. Tujuannya adalah untuk mengetahui conductivity air. Yang syoknya apa tau.. Bila diorang buat test ni. Air yang digunakan (biasanya dia akan ambil air dari paip rumah kita) akan electrolyze, akan start keluar kekuningan warna macam karat gitu. Makin lama makin banyak dan air tu akan bertukar jadi murky water. Dan penjual ni akan declare yang air paip rumah kita bermasalah. Manakala, bahagian yang air RO tu jernih tak berubah warna berseri seri. Scary dowh.. Time ni laju je keluarkan duit bayar kan ?

Hakikatnya? Naturally, air paip mengandungi electrolyte. Iaitu bahan yang jadi pengalir elektrik kalsium, magnesium dan kalium. Rod yang digunakan masa ujian elektrolisis ni adalah metallic rod sebagai anod dan alumunium rod sebagai katod. Bila kita alirkan elektrik, ianya akan bertindak balas dengan air dan menyebabkan mendakan logam. Mendakan logam ni yang menyebabkan air tu bertukar jadi keruh. Basic eksperimen elektrolisis la ni. So, of course air RO takkan jadi macam tu sebab air RO atau air yang dipurified ni takde galian apa-apa.

Tapi kalau yang tidur masa kelas kimia tu sure dah ingat ingat lupa. Mudah la sikit kerja penjual ni nak mengelirukan orang.

Sedangkan sebenarnya ujian ni takde kaitan dengan kualiti air. Sebab ujian ni tak detect bahan cemar yang bukan bahan pengalir. Contohnya herbisid, pestisid. Kalau ada penjual ni datang buat test kat rumah meh korang buat gini. Air tu, sembur dengan ridsect. Lepas tu test balik. Agak-agak ada result tak?

Aku yakin yang ada sesetengah penjual tak tau pun sebenarnya test tu misleading. So nak salahkan diorang pun susah jugak. Apa pun. Nasihat aku. Jadi pengguna ni kena hati hati.

It has come to my attention that some one is selling all this bottled Mineral water around Johor and also east coast of Msia using my face up there.

My contract with Dr Sukidah ended in 2014.
2 yrs later i was informed by the owner they have closed the Co for good as they wanted to move into Property management.
So Dr Sukidah Mineral water does not exist at all.

I have recieved some complained from my fans to various messages that ada orang yg jual air mineral ini lagi atas Dr Sukidah lagi which shocked me.

I asked the owners and they said the machine is no longer in used or the Brand ever existed operating.

They said when they closed the business ada usahawan2 yg tak pulang kan machine itu dan masih menjual air entah mana mereka dapat pun.
They have contacted their lawyer and inform them to sue all this people for abusing their Co and my brand name!

People are so greedy and would do anything.
If anyone of u know of any of this machine selling mineral water anywhere please do inform me and DM about this.
Kena la buat police report on this.
Please do not support or buy any water from them.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here