‘Dulu Aku Salute Dia Ni, Tapi Sekarang…’ – Peminat Hampa Lihat Penampilan Mira Filzah

0
6230

Sudah menjadi kebiasaan, apabila adanya majlis anugerah artis tempatan akan bergaya mengikut tema yang dianjurkan. Pada malam tersebut, kebanyakan artis akan tampil bergaya dan kacak di karpet merah.

Baru-baru ini Uqasha Senrose telah dikritik hebat netizen gara-gara berpakaian terlalu seksi di malam Anugerah Skrin, selain Uqasha, Mira Filzah pun mendapat kecaman gara-gara memakai pakaian mengikut warna kulit.

Ada yang komen, Mira Filzah sekarang sudah tidak seperti dulu. Haish apa yang lainnya ni?

Pelakon drama Cinta Si Wedding Planner ini berkata, dia faham sebagai selebriti apa saja yang dipersembahkan di hadapan masyarakat pasti akan menjadi perhatian.

“Mereka akan berminat untuk memberi komen. Cuma, apabila komen itu lebih ke arah kecaman dan negatif, saya tidak mahu ambil pusing.

“Apatah lagi hendak berasa kecil hati kerana saya sedar zaman sekarang memang netizen sangat aktif memberi komen di laman sosial,” katanya.

Menurut Mira, pakaian yang digayakan di ASK 2017 itu masih lagi menepati ciri-ciri terbaik buat gadis bertudung sepertinya.

“Saya ingin menjelaskan warna sebenar baju itu adalah kuning gelap dan tidak mengikut langsung warna kulit saya seperti didakwa.

“Malah, baju itu juga saya gayakan dengan palazo dan tudung pun masih dipakai labuh menutup bahagian dada,” katanya.

Mira berkata, selepas ini dia akan lebih berhati-hati dalam pemilihan warna untuk rekaan pakaiannya untuk digayakan pada mana-mana majlis anugerah.

“Saya tetap menerima komen segelintir netizen yang tidak mengecam tetapi berkongsi pendapat peribadi mereka yang boleh saya guna pakai pada masa depan.

“Saya juga akan berusaha memperbaiki kelemahan itu dan pada masa sama akan lebih berhati-hati,”katanya yang juga pengacara program Mahligai Cinta di TV3.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here